Jangan Clik

Thursday, September 7, 2017

Bercuti ke Jakarta

Apa khabar Pemirsaa.... ewah ewah cam hos rancangan tv Indonesia plak, wpun muka aku saling tak tumpah mcm hos ayaq hahahaha... ok nukilan kali ni aku nak share sikit percutian keluarga aku ke Ibu Kota Indonesia iaitu Jakarta. Tiket macam biasa la aku tempah time promosi AirAsia atau panggilan belah utara AyaqAsia pada awal tahun aritu. Mula2 tempah tiket dulu pastu baru la aku buat segala perancangan rapi ke sana maklumlah pi secara backpakers ja. Persiapan rapi diatur dari urusan Imigrasi, penginapan di Jakarta, penginapan di KLIA,portable penimbang berat bagasi yg aku beli online (senang nak timbang beg kot2 lebih dari had yg kita beli), international soket adaptor (klu tak bawak ni ayaq mata la nak caj henpon bagai), body wallet (aku beli wallet asing yg diikat kat badan utk safety sbb ramai yg kata kat Tanah Abang ada pencopet), insuran, ubat-ubatan, perbelanjaan, buka penggunaan kad ATM di luar negara, tukaran wang dari Ringgit Ke Rupiah (tukaran masa aku buat tu Rm 3.21 sen bersamaan Rp 10,000.00), parking kereta hingga ke jadual tempat2 yang akan dilawati di Jakarta. Memandangkan zaman sekarang ni semua maklumat di hujung jari jadi hampir setiap hari aku melayari blog2 orang yg penah ke Jakarta untuk kutip serba sedikit tips dari depa, dari hotel , pengangkutan dan juga tempat2 yang wajib dikunjungi serta tips2 lain. Aku parking kereta hari tu dekat Tune Hotel dengan kadar rm 38.00 sehari. Ada lagi parking yang murah iaitu di Putrajaya Central tapi kita kena ambik Train ERL plak kalau nak ke KLIA, jadi setelah perbincangan 4 mata dan 4 lubang idung bersama wife aku jadi kami setuju sebulat badan doremon parking kat Tune Hotel sebab dia walking distance ja nak ke KLIA, kira klu balik nanti dari Jakarta bole shoot terus balik ke Kangar, Perlis Darul Makmur. Parking kat Tune Hotel ni konsep open parking , ambik tiket kat mesin dan bayar kat kaunter receipcionist Tune Hotel masa nak balik nanti.
Setelah mendapat nasihat dari hardcore traveller bahawa kalau naik AirAsia kita kena ada di airport sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas walaupun kita dah check in melalui website untuk mengelakkan kesesakan semasa proses mendaftar masuk bagasi dan proses2 lain. Jadi aku sampai kat KLIA2 pukoi 10 pagi walaupun pesawat aku berlepas pukul 2 ptg. Walaupun sampai awal tapi masa nak daftar masuk bagasi tu orang dah penuh beratur patutla banyak nasihat2 dari travel blogger suruh mai awai supaya tak terkejar2 masa kat KLIA2 ni. Lagi satu KLIA2 ni punya la jauh nak ke gate penerbangan tu siap dekat signboard tunjuk arah dah tulis siap2 berapa minit walking distance ke gate tersebut.Bagi penumpang yang takdan check in di website bole jugak check in kat mesin2 kiosk AirAsia yang banyak disediakan di sini.Seb baik la KLIA2 ni bangunan dia moden dan cantik jadi tak la boring sangat nak lepak2 dalam ni lepas setel check in bagasi, jadi sebelum naik kapai terbang aku ajak anak beranak aku menyoghok @ sarapan dulu kat kedai badut pak menakan depa belah Chicago iaitu Pakcik  Mcdonald, abang pada Mchabsah wakakak...
Anda jangan khuatir, sepanjang perjalanan anda ke gate penerbangan yang agak jauh tu anda akan disajikan dengan kedai2 dalam ni yang beraneka macam serta disediakan  juga  tandas dan surau di sepanjang perjalanan penuh cabarannn..dugaan ku tempuhii...redhaaa... eh menyanyi lagu Pearl plak dah...cam hareemm.. Tapi macam biasala harga2 barang dalam ni ble tahan jugak kurang murahnya, setakat nak window shoping ble la.Sepanjang laluan juga ada disediakan mesin drinking water, tempat caj tepon, papan digital waktu penerbangan  dan kerusi2 yang bole kita duduk seketika untuk melonggarkan otot2 keting setelah letih berjalan.
Seperti biasa flight delay seketika jadi sempat la aku pi meruah dulu sambil layan game Super Mario Ozawa. Seat dalam flight aku dah booking siap2 supaya hero2 aku ble dok tepi tingkap tengok Awan Guling Goku Mutiara Naga yang banyak kat atas ni, aku booking seat rm 6 ja seorang. Setelah mengetatkan Sabuk Pengaman (tali pinggang keledar) jadi meluncur terbang la pesawat QZ201 ni ke udara, walaupun anak bongsu aku dok tanya dah terbang dah ka? sebab dia tgok sayap kapal terbang tak mengepak cam burung  pun hahahaha.... tinggi sungguh imiginasi beliau bak cendiakawan sebijik cam pak dia yang bauk ikal mayang ni  pppffttt...
Perjalanan ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam penerbangan, jadi kita akan tempuhi la sedikit air turbulance masa pesawat lalu kat awan2 tu, lebih kurang macam kenderaan kita masuk lopak jalan yang berlubang tu ja. Di dalam pesawat nanti kita akan diserahkan satu borang isytihar barangan yang dibawa masuk ke Indonesia oleh pramugari jelita rambut oren yang mana kita perlu isi dan serahkan ke pegawai kastam Indonesia di lapangan terbang Soekarno-Hatta nanti.Alhamdulilah cuaca ke sana sangat baik, sebelum mai sini pun aku dah check laman Accuweather keadaan cuaca di Jakarta sepanjang aku di sana cuaca cerah dan untuk pengetahuan semua waktu di Indonesia lewat sejam dari waktu di Malaysia. Setelah mendarat di Lapangan terbang (sini dipanggil Bandara untuk singkatan Bandar Udara) Soekarno-Hatta Cengkareng, Tangerang Jakarta Utara,kita akan menaiki bas yang disediakan oleh Air Asia ke terminal. Urusan mengambil bagasi dan pemeriksaan Imigresen sangat lancar sekali sampai borang Isytihar Barang tu pun bapak kastam ngak ambiliin mungkin sebab tgok aku bawak 1 bagasi ja. Macam biasa la Calo atau ulat teksi akan ramai menghampiri anda untuk menawarkan perkhidmatan teksi mereka tapi aku tolak secara baik sbb dari tips yg aku dapat dri blogger2 yg sering ke sini , kita kalau nak ke mana2 naik Taksi Bluebird ja sebab dia pakai argo @ meter. Pengkalan atau tempat tunggu teksi BlueBird ni keluar ja dari pintu terminal, belok kiri terus ja sampai hujung dan anda akan dapat lihat signboard tulis BlueBird, ambik nombor giliran kat Mbak yg jaga mesin tu dan tunggu no giliran anda dipanggil. Sangat efesien cara no giliran ni sebab kita tak perlu la bersesak2 antri @ beratur untuk ambil teksi yang mmg menjadi pilihan ramai ni.
Kenderaan-kenderaan sedang beratur atau macet(jammed) dan Jakarta berpisah tiada, sedangkan kat KL yang berpenghuni 4 juta umat pun jem tambah la kat Jakarta yang berpenghuni 10 juta jiwa ni. Kota Jakarta ni sangat luas kena dok 2-3 bulan baru habih pusing dan menjadi kota paling ramai berpenghuni di seluruh Indonesia sebab ramai pendatang-pendatang dari daerah lain berpusu-pusu datang ke Jakarta kota yang penuh dengan harapan untuk memenuhi impian masing-masing . Jakarta sebelum ni dikenali dengan nama Sunda Kelapa, Batavia , Djakarta dan last sekali Jakarta ditadbir oleh Gabernur Pak Djarot Saiful Hidayat mengantikan Pak Ahok yang dipenjarakan, tapi sampai bulan Oktober 2017 ja sebab lepas tu Gabernur baru akan dilantik iaitu Pak Anies-Sandi yang menang masa pemilihan gubernur (PILGUB) tempoh hari . Lagi satu di Indonesia ni banyak perkataan mereka disingkatkkan sebagai contoh Bandara (bandar udara), Monas (monumen nasional), Pilgub(pilihanraya gubernur), warkop (warung kopi), warteg (warung Tegal -salah satu daerah di Indonesia),Sumut (sumatera Utara), Kaltim (kalimantan timur), Sembako (sembilan bahan pokok spt beras, gula, garam,tepung, telur dll) dan macam2 lagi la. Tambang teksi dari Bandara Soekarno-Hatta ke hotel penginapan aku di Amaris Hotel Thamrin City dalam Rp 150,000.00 atau dalam Ringgit 47.00 ja, tapi tol kita kena bayar asing dimana supir teksi akan minta dari kita bayaran tol dalam Rp 400 ja.
Hotel Amaris Thamrin City dipilih oleh aku setelah melihat good review dari Agoda dan blog2 travel memandangkan lokasi hotel ni yang terletak di dalam Pasaraya Thamrin City Jakarta Pusat jadi mudah nak akses ke mana-mana tempat. Oleh sebab lokasi hotel ni di dalam pasaraya jadi mudah la untuk kita mencari barang2 keperluan, kedai2 makan, pengangkutan macam teksi dan bajaj, mesin ATM, dan pusat-pusat belanja. Sesampainya di Mall Thamrin City kita kena naik lif yang berhadapan Restoran Lotteria ke Lantai @ tingkat 6 untuk ke hotel (sini disediakan satu lif khusus untuk ke hotel), di perkarangan lif ni juga ada mesin2 ATM dan kaunter2 tiket ke Bandung serta kaunter kereta sewa beserta pemandu. Hotel ni aku tempah siap2 dari Malaysia melalui lama Agoda dengan rate Rm 150.00 semalam berserta sarapan. Receipcionist staf yang ramah dan frenly, lobby dan bilik yang bersih, luas, sejuk, liputan Wifi yang lancar,siaran tv yang ada berbelas channel (siap ada rancangan katun ), safety box yang bole kita simpan duit dan juga pasport klu nak kemana2, lagi satu untuk tujuan keselamatan asing-asingkan lah duit kita siap2 satu simpan kat hotel, satu dalam body wallet, satu dalam decoy wallet (aku bawak 2 wallet untuk prepare la klu terjadi sebarang kemungkinan) sbb klu kna rompak atau kna copet kita akan ada duit lagi tapi alhamdulillah kat Jakarta mmg aman walaupun masa aku pi tu tengah panas isu bendera negara mereka terbalik di Sukan SEA Kuala Lumpur tapi isu tu hanya ribut2 di media sosial ja, dekat sana layanan mereka kepada warga Malaysia amat baik dan ramah sekali, lagi satu sarapan pagi yang disediakan pihak hotel sungguh sedap mmg aku rekomen sangat2 selain ramai warga Malaysia yang menginap kat sini jadi ble la borak2. Cuma bilik sini tak ada tingkap sebab ianya hanyalah  ruang parking yang dibuat hotel, juga dalam bilik tak disediakan cerek air tapi kita bole bawak siap2 termos sebab mesin air ada disediakan di luar bilik hotel kot2 nak ambik air panas utk buat kopi takpun bancuh susu dan air shower mandi yang kurang laju ja, tapi yg lain2 osem.
Usai melepaskan penat dan letak beg2 kat bilik hotel, aku sebatalion pun turun ke Pasaraya Hypermart di lantai @ tingkat 1 untuk membeli barang2 keperluan maklumlah travel dengan anak2 kecik ni kena sediakan makan dan minum cukup2 baru depa tak meragam selain bahan ketagihan untuk depa yakni menan hahaha.... Travel dengan anak2 kecil ni mencabar memang mencabar tapi bg aku dan wife itu la pahit manis hidup berkeluarga ni sebab mana2 percutian keluarga mmg aku angkut semua anak2 aku kerana kegembiraan depa adalah kebahagian aku jugak sbb aku teringat masa kecik dulu mak abah aku akan bawak aku pi mana2 pun jadi aku nak anak2 aku merasai pengalaman tu sebab aku tengok ada orang yang sanggup tinggal anak2 untuk pi travel berdua waima tengok wayang sekalipun sbb bg depa anak2 kecil ni menambahkan kos dan bukan menghayati travel sangat pun tp bg aku, aku sanggup tak pi travel ngan wife kalau tak bole bawak depa sebab masa kecik ni la aku nak luangkan moment2 manis dengan depa sebab bila depa dah besaq dan punya komitmen sendiri ikut suka depa la nak ikut atau tak klu pi bercuti bersama. Lagi satu kalau kita travel dan tinggalkan anak2 kat pengasuh ataupun tok dgan tokwan depa macam kita menyusahkan satu pihak untuk kesenangan satu pihak jd bg aku baik susah senang aku dengan anak2 berbanding menyusahkan orang lain. Tapi ni pendapat aku la , masing2 ada pendapat masing2, jadi terpulang la kat individu tersebut sebab aku ni lambat dapat anak jadi aku cukup paham perasaan untuk punyai anak dan luangkan sehabis baik masa dengan depa. Eh aku minum ketum ka tadi sampai melalut2 bincang benda lain hahahaha...ok2 back to topik.. lepas membeli sedikit barang keperluan kat Hypermart tu aku beli bungkus bakmie goreng di restoran D'Cost untuk makan malam, superb btoi mie ni mmg sedap, bole repeat order lagi ni. Pagi esoknya aku turun sarapan di cafe hotel, makanan pun sedap dan selama 4 hari kat sini mmg aku tak tinggal makan tempe ngan telur omelet yang disediakan pihak hotel dimana selain rasanya yang sedap cewek yang masak pun cantik banget hihihi...
Perancangan pada pagi ini seperti yang telah dijadualkan adalah ke Jakarta Car Free Day yang diadakan setiap pagi ahad di Bundaran HI (Hotel Indonesia). Jakarta Car Free Day adalah hari tanpa kenderaan di mana semua kenderaan kecuali basikal dan sampan dilarang melalui Jalan Thamrin dan Jalan Sudirman dari pukul 6 pagi hingga pukul 11 pagi. Bundaran HI di terletak berhadapan Mall Grand Indonesia tak jauh dari Thamrin City dengan jarak 400 meter, aku pi jalan kaki ja. Ramai jugak umat pada pagi tu sebab festival ni dah jadi cam pesta siap ada gerai2 jualan, ramai yang mai untuk bersenam, beriadah bersama keluarga dan ada yang jalan2 ambil gambar. Kat sini juga terdapat sign board promosi Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang nanti.
Gerai2 makan banyak juga ada disini dengan juadah kuliner tempatan tapi aku tak berani plak nak try takut sakit perut satgi, jem usus aku. Aku beli teh botol ja habuan bg hilang kering tekak berhalkum ni sebab cuaca agak terik pagi ni. Selain bergambar di monumen patung selamat datang tengah2 bundaran tu kita ble la jugak bergambar dengan cosplay kostum yang macam2 ada kat sini dari pocong, kuntilanak, mumia, boboiboy, upin ipin, gundam, lipan, tenuk himalaya dan juga patung tradisi orang Betawi iaitu Ondel-Ondel, lepas bergambar tu bagi la tips di tong yg mereka dah sediakan tu.
Merasakan bawah lengan aku serasa becak dek sinaran ultralembayung matahari pagi yang kian terik jadi pada pukul 10.30 pagi tu aku masuk ke dalam Pasaraya Grand Indonesia Mall untuk menyejukkan diri dengan hawa aircond free, mall ni antara mall termewah dan terbesar di Jakarta, lebih kurang saiz Mid Valley Megamall. Kedai -kedai dalam ni banyak yang bertaraf konglomerat jadi bagi aku yang bertaraf bangsawan ni hanya jalan-jalan cuci mata dan cuci tangan kat tandas mall. Tujuan aku ke sini cuma satu iaitu ke Toko Buku yang agak popular di Indonesia iaitu Gramedia, selain Gramedia di Jalan Matraman , Gramedia di Grand Indonesia ini juga dikhabarkan antara yang terkomplit buku-bukunya untuk aku mencari buku kartun  lakaran pelukis tersohor tempatan iaitu koleksi lukisan Benny Rachmadi dan Muhammad "Mice" Misrad. Aku mula jatuh cinta dengan hasil lukisan mereka yang banyak memotretkan ragam warga Jakarta dan Indonesia amnya selepas aku beli buku kartun mereka di Medan, dari semenjak itu aku selalu search di Google tentang buku-buku mereka yang lain supaya dapat aku kumpul dan beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Tapi sayangnya tak banyak aku temukan buku-buku mereka di sini, cuma ada 3 judul sahaja, judul yang lain sudah habis bila aku tanya dekat mbak salesgirl Gramedia. Arrghhh... kuciwanya mai jauh2 dapat 3 ketoi ja buku, hampes btoi, jadi sambil melayan gundah gulana sempat juga aku tampaq dua tiga ekoq semut gay yang cuba nak lintas masa aku tgah berjalan hahaha...aku mmg anti geng kunyit, klu geng serai takpa. Jadi sebelum bayar tu sempat jugak la aku sambaq dua tiga ketoi buku lagi iaitu buku yang penah femes sebab berjaya menjadi extra dalam filem hit Indonesia suatu ketika dulu iaitu buku 'Aku" dalam filem "Ada Apa Dengan Cinta" lakonan Nico Saputra dan Dian Sastrawordoyo dimana buku tersebut mengisahkan perjalan hidup penyair lagenda Indonesia iaitu Chairil Anwar. Buku lain yang aku beli adalah buku tips travel ke daerah-daerah di Indonesia sebab aku cari buku tentang travel ke Indonesia di kedai2 buku kat Malaysia tak jumpa satu pun, yang ada travel ke Jepun, Korea, US, Eropah ngan neraka....eh sori2 yg ke neraka tu buku agama bukan buku travel, silap plak.
Habis berburu buku di Grand Indonesia jadi kami pun berangkat balik makan tengahari di Thamrin City. Di Ground Floor terdapat pelbagai restoran dari Restoran D'Cost, Lotteria, Burger King, Domino Pizza, GM Bakmie dan Es Teller. Kalau ampa peratikan gambar atas kiri nampak restoran yang bumbung macam Minangkabau tu kan, yg tu Restoran Sederhana Padang, tapi aku tak pi pun sebab kat malaysia pun dah banyak restoran masakan Padang jadi try la kuliner yang lain sikit. Langsung aku mampir di rumah makan GM Bakmie, aku order bakmie ayam ngan bakmie bakso. Mi kat sini tak macam mi kat  Malaysia, mi kat sini dia macam maggi rupabentuknya. Juadah ni mmg peberet anak2 aku, sedap mi dia, daging ayam ngan bebola bakso pun banyak.
Misi Berburu buku di Kota pendukung supporter  The Jak (Persija Jakarta) ini masih belum selesai, di Lantai 3 A Thamrin city terdapat kedai-kedai buku lama macam kat Pasar Chowrasta Penang, tapi kat sini dipanggil Toko-toko Buku Bekas. Akhirnya pencarian buku yang juga merupakan antara tujuan utama aku ke kota Jakarta berbaloi sebab aku berjaya menemukan banyak jugak buku-buku koleksi nukilan Benny Rachmadi dan Muhamad 'Mice" Misrad dengan harga yang cukup murah sebab dah seconhand, tapi ada juga buku-buku baru ini yang masih dalam plastik (mungkin dari kedai2 buku yang jual stok2 lama) Mana2 toko buku bekas yg ada buku hasil lukisan depa berdua habis aku borong hahahaha....(gelak puas). Pelbagai buku lama ada kat sini, komik, novel, buku ilmiah, buku teks,kamus  dan macam2 lagi dengan harga cukup murah (jangan cuba cari buku Playboy kat sini , konfom takdak, harap maklum). Aku sempat jugak ngobrol2 (sembang) ngan Abang Aji pemilik Aji Komik sebab dia cakap dia selalu berurusan dengan Mahad Tahfiz di Sarawak yang selalu beli buku agama dari beliau. Abang Aji merupakan bekas pedagang buku bekas di kawasan buku bekas yang penah popular dalam filem "Ada Apa Dengan Cinta" dulu iaitu di daerah Kwitang, tapi setelah Kwitang ditertibkan oleh pemerintah ramai pedagang-pedagang buku bekas berpecah dan berpindah ke tempat baru, ada yang ke Pasar Senen, ke Blok M dan yang lain ke Thamrin City. Ada Abang aji mengeluh tentang toko-toko buku bekas ni kadang2 sepi dari pengunjung sebab ramai generasi la ni banyak mencari maklumat dari laman multimedia berbanding buku. Tapi aku rasa penyebab utama yang menjadikan toko2 buku bekas ni sepi dari pengunjung adalah kerana lokasi kedai ni yang terletak agak ke dalam (mungkin sewa lebih murah) jadi banyak orang ramai yang kurang mengetahui kehadiran toko2 buku bekas ini selain dari pembacaan di media sosial dan pemburu buku macam aku, itupun awalnya aku tak jumpa kedai2 ni tapi setelah bertanya dengan pedagang2 kedai baju muslimah kat sini baru la depa tunjukkan lokasi kedai buku2 ni yang agak kedalam lokasinya.
Ok serba sedikit tentang Thamrin City Mall ni juga merupakan antara salah satu pusat berbelanja pakaian yang agak popular di Jakarta selain Tanah Abang sebab itulah kalau hari minggu penuh pengusaha2 atau pedagang2 dari seluruh Indonesia dan juga Malaysia menginap di Amaris Hotel untuk memborong pakaian kat sini. Thamrin city ni agak besar jugak la bangunan dia dan dalam penuh dengan gerai2 pakaian sampai 6 kali aku masuk pun 6 kali aku sesat sampai mak guard tu cam la muka aku sebab asyik jumpa dia ja tanya arah nak ke hotel hahaha.... pastu aku dah pandai sikit ikut arah signboard bertulis Thamrin Hall ja klu nak ke hotel. Gerai2 di sini dibuka pada pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang kalau hari biasa, kalau hari minggu gerai dibuka dari pukul 9 pagi hingga 8 malam. Setiap pagi hari Isnin juga ada Pasar Tasik di tingkat 4 Thamrin City yang menjual secara grosir @ borong pakaian dengan harga yang cukup murah. Pelbagai jenis pakaian di jual di sini dari pakaian wanita, muslimah, tudung, baju kanak2, seluar jeans, dan yang paling popular adalah pakaian Batik, aku dan sambaq selai baju batik baru la rasa cam bapak kantor sikit kan kehkehkeh.... cuma yang kurang aku rasa kat sini jugak perlu ada gerai jual cenderahati atau souvenier Jakarta sebab aku pusing2 cari siap tanya peniaga kat situ semua kata cenderahati takdak jual kat situ, klu nak beli kena pi daerah Kuningan atau tempat2 wisata @ pelancongan cam Tugu Monas atau Kota Tua.
Petang tu aku makan malam siap2 dengan hero2 aku dekat Restoran D'Cost kerana ramai yang rekomended mai sini sebab makananya sedap dengan harga yang cukup murah sesuai dengan moto restoran ni iaitu " Mutu bintang lima, harga kaki lima". Yang best kat sini Teh o ais kita bole refill secara percuma. Cara pesanan dia unik sikit, iaitu kita kena pi dekat board menu yang telah disediakan kad2 hidangan beserta harga, jadi kita ambil saja kad2 hidangan yang kita nak order dan serahkan di kaunter pembayaran beserta bayaran. Petang tu aku order Kailan goreng, Gurame (ikan kaloi) goreng, daging black papper, udang saus padang dan tempe saiz lubang idung badak ayaq, punya la besaq sampai jenuh nak perabih. Kesimpulannya mmg rasa dia 5 bintang dan harga macam di warung kaki lima. Yang aku makan malam awai ni bukan apa, kalau ikut perancangan tu nak ke Tugu Monas tapi setelah 4 teksi aku tanya semua tak mau pi sebab macet parah katanya jadi aku kensel dan jalan2 dalam Thamrin Mall ja sebab hari minggu atau ahad juga merupakan hari riadah warga Jakarta ke tempat2 tumpuan mcm Tugu Monas, Ancol, Kebun Binatang Rangunan, dan Kota Tua jadi tempat2 tu mmg penuh dengan orang dan jalan2 ke sana otomatik akan macet, lagi stu kalau nak mai Jakarta dan nak pi tempat2 wisata jangan mai ari Isnin sebab banyak tempat wisata tutup pada ari Isnin.
Esoknya aku menyelusuri jalan jalan belakang dengan menaiki bajaj (lebih kurang cam tuk tuk siam ja) ke Pusat Belanja Tanah Abang. Mungkin dah acapkali bapak supir bajaj ni bergelumang dengan macet kota Jakarta ni jadi beliau cukup terer menyelit diantara kenderaan2 lain sampai berkocak adrenalin dalam tubuh gigoloku ini dengan gaya pemanduan beliau. Bapak supir ini akan bawa kita melalui jalan2 pintas dan kalau ampa semua nak tgok liku2 kehidupan warga jakarta disebalik kemewahan bangunan2 pencakar langitnya try la naik bajaj dan anda akan dihamparkan ragam warga Jakarta dalam mencari rezeki dengan pelbagai cara di celah2 kesibukan ibu kota. Selain bajaj di Jakarta juga ada pengangkutan alternatif lain seperti van angkutan dan motor ojek (yg sering menjadi pilihan warga sebab boleh menyelit diantara kenderaan2 yg macet). Masa aku pi tu lagi seminggu umat Islam nak sambut Hari Raya Korban jadi banyak jugak la aku jumpa orang jual lembu , domba (biri2), dan kambing ditambat di tepi2 jalan untuk dibuat korban. Tambang naik bajaj dari Thamrin City ke Tanah Abang cuma Rp 25,000 hinga 30,000 ja lebih kurang Rm 7 - Rm 9.
Isnin pagi di Pasar Tanah Abang cukup mendamaikan kerana orang tak ramai memandangkan hari ini hari bekerja bagi warga Jakarta, jadi pesanan aku kalau nak mai Tanah Abang tu mai la hari bekerja awal pagi tak la serabut sangat sebab Tanah Abang ni besaq sangat sampai ada dari Blok A hingga Blok G. Tapi kalau nak mai sini aku syorkan mai Blok A pun dah cukup , macam2 ada, Blok A ni ada 8 tingkat dan setiap tingkat dijual pakaian khusus sebagai contoh, aras bawah jual kain pasang, aras 1 jual baju muslimah, aras 3 baju kanak-kanak dan begitulah seterusnya, cuma tingkat 8 ja tak jual pakaian sebab tingkat tu jual makanan hehehe.... foodcourt Tanah Abang terletak di tingkat 8. Suasana dalam ni ok la sebab dah ada aircond dan juga disediakan lif dan eskalator.Kat sini juga terdapat khidmat porter atau tukang angkut barang yang bole kita gunakan kalau kita membeli barang2 dengan jumlah borong, berapa bayaran tu tak pasti plak.
Patutlah ramai peniaga2 pakaian dari Malaysia mai borong kat sini, murah rupa2nya. Bagi yang first time mai sini pasti akan sesat sebab bangunan ni luas sangat, tapi kalau ada mana2 pengunjung yang sesat jangan khuatir, pi saja dekat lif sebab kat situ akan ada map lokasi kat mana kita berada dan kat mana pintu keluar. Tanah Abang ni juga merupakan salah satu tempat yang tak berapa Men Freindly hahaha...sebab dia menjadi tempat favorit bagi sang istri atau wanita khususnya. Dalam pada wife aku dok pilih2 baju tu sempat jugak aku memerhatikan golongan kelas menengah Jakarta yang memerah keringat membanting tulang dalam meneruskan kelangsungan hidup di kota padat penduduk ini dari yang berdagang di tepi2 jalan, menawarkan khidmat angkat barang, jual minuman 3 in 1 di kaki lima, jaga parking dan menjadi pengamen (penghibur jalanan). Mengenai tahap keselamatan di sini jangan risau kerana di setiap tingkat mempunyai pegawal keselamatan yang menjaga kawasan ini dan juga terdapat ramai pengawal keselamatan di luar bangunan. Kita kalau bole jangan percaya sangat berita2 dekat laman2 sosial tu mai sini sendiri rasa suasana kat sini, selamat ka dak, sama ja bagi aku suasana sini ngan Malaysia, kat mana2 pun ada orang jahat, jadi kita cuma perlu berhati2 ja, blend dengan penduduk setempat, jangan menunjuk kaya sangat InsyaAllah semua selamat dan dipermudahkan.
Aku tak singgah makan kat Foodcourt Tanah Abang sebab masih awai lagi jadi masa balik tu aku singgah di Food Court Thamrin City di tingkat 2. Kalau nak rasa pelbagai kuliner daerah2 di Indonesia mai la sini, dijamin enak, lumayan dan seru. Yang best kat sini takdan ang nak duduk lagi dah ada pelayan mai kerumun ang tanya nak makan apa, minum apa, kumpulan darah apa  hahaha... yang tu aku tambah.Baguih betoi servis depa, tak panggil lagi dah mai ambik pesanan macam gambar bawah kiri. Tapi bila mai ramai2 ni aku pun penin nak pilih yang mana , last2 ambik Nasi ayam Komplit dengan teh o ais ja, ok rasa ayam dia, panas2, ulam pun banyak mmg heaven la bg aku yg kaki ulam2man nih, dan tak terlupa juga adalah tempe, menu wajib ada, cuma kuah asam pedas depa ja macam2 sangat ada dalam tu dari daun kesom, jagung, nangka, betik dan buah malinja.
Tengah dok beriadah sambil main2 mata dengan cewek sinetron sini lalu aku pun terpandang kiosk jual Murtabak (kat Malaysia dipanggil apom balik) dekat basement jadi aku pun try la beli sebab anak2 aku nak rasa perasa nutella dengan cheese. Dia punya saiz gedabak sama naik dengan harga, mahal jugak la dekat rm 18 sebiji huhuhuh... tapi memandangkan nak cuba try apom balik versi Indonesia, redah ja la.
Mai Indonesia rasa rugi jugak la kalau tak rasa kopi tempatan seperti kopi dari daerah Lampung, Sidikalang, Garut, Ambarawa, Bondosowo, Kintamani, Bajawa, Toraja dan Lembah Baliem. Aku sempat la ngopi kat sini dan rasanya memang mampu meningkatkan kadar kafein dalam badan mungil aku ni. Sebelum balik tu aku sempat jugak la beli serbuk Kopi tempatan sebagai ole2 balik Malaysia.
Sebelum berangkat pulang ke tanahair sempat jugak la perabih saki baki Rupiah kat Bandara Soekarno Hatta Terminal 2 beli kerepek buat teman2 di Malaysia sebab dok cari key chain ngan cenderahati lain tak jumpa2. Bandara ni bagi aku perlu banyak diperbaiki fasiliti yang ada sebagai contoh di gate menunggu AirAsia tu panas sangat, pastu kena tunggu flight delay dekat sejam mau bercerau ketiak gebu aku ni, mungkin sebab keadaan airport ni yang agak lama menjadi penyebab banyak fasilitas yang usang.
Akhirnya lepas 2 jam penerbangan selamat jugak touchdown di bumi Malaysia dan pesanan untuk Jakarta , I'll be back (buat dengan antonasi suara Arnold susahnakeja) wkwkwkwkw....