Jangan Clik

Thursday, December 26, 2013

Bercuti Ke Shah Alam, UITM Di Hatiku

Hampir 10 tahun aku meninggalkan zaman universiti, aku habih Disember 2003, konvo April 2004. Lepaih tu aku tak sambung stadi dah sebab aku rasa dah sampai masanya aku kna cari duit utk balaih jasa mak pak aku dengan bela anak orang sebab zaman aku tu dah bukan zaman kerja tunggu siswazah,  lambakan siswazah ipt masa tu menyebabkan peluang pekerjaan menjadi terhad, jd terpaksa la bersaing  . Cuma wife aku ja sambung degree kat USM, bru ja beliau  nak masuk tahun ke 4 kat USM aku dah ajak mnikah  hahaha...gelojoh betul i nih kan. Saja mai UiTM Shah Alam mengimbau balik kenangan lama, tak banyak yg berubah, ada la dua tiga bangunan baru. Gambaq di ataih belah kiri masa aku konvo berdua tahun 2004, gambaq kanan masa aku konvoi berempat mai sini aritu hehehehe...
Aku mai pusing2 dekat menara SAAS ja, sebelah bangunan UFO. Banyak jugak la bangunan baru dah dibina dalam nih, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin yg kita bleh nampak bila nak masuk ikut pintu utama, masa aku stadi dulu pun bangunan nih tgah dibuat, Dewan Agong Tuanku Canselor yg kita boleh jumpa onway dari Kolej Perinzoo (hahaha...student2 dulu la sebut Perinzoo sebab dikelilinggi hutan ) atau Kolej Perindu menuju ke kompleks sukan kita terjerembab la ngan bangunan nih, pastu sebelah Kolej Mawar dah ada deretan kedai makan. (masa zaman aku kawasan tu klu tak salah aku padang rumput).Monyet2 pun dah tak banyak (dulu selalu curik sabun, aku rasa musti perbuatan monyet bujang hahaha...), Dan jugak la pusing satu Uitm tapi takdan melawat bukit tonggek, tempat kna dera masa masuk Kesatria (geng katak ungu) dulu.                 
Gambaq lama yang masih ada dalam simpanan time stadi dulu kat kawasan Menara SAAS nih hanyalah gambaq masa aku jadi Fasilator Orentasi untuk budak2 baru masa sem 3, masa nih kna jadi fotostater kat freshies yg tgah dok isi borang kemasukan kat tangga bawah menara SAAS nih, tak banyak yang berubah, kaler pun masih sama cam dulu tapi tak tau la kot2 depa cat mmg kaler nih hehehehe....
Dalam nih jugak ada disediakan botol ayaq mineral sapa nak ambik boh la duit kat tabung tu, berapa hinggit tu la dinyatakan mungkin ikut keikhlasan pemberi, takdak sapa pantau pun ayaq nih, klu yang kaki cilok tu mungkin dah cilok dah tapi kat universiti kan mentaliti depa lain sikit, klu letak kat luaq nih sahih dah ayaq2 nih hilang, sekali dengan tong duit tu pun kna angkut hehehee...
Nih gambaq dekat pintu keluaq belah belakang dekat Seksyen 7, seingat aku kat sini dlu ada replika jet pejuang, tapi la nih dah ilang dah, mungkin jet tu boring dok lama sangat kat sini kot, tu yg dia cau tu pi join geng Decepticon blakon dalam filem Transformers 4, ble gak duit poket dari dok torcongok kat sini.
Dah mai Shah Alam nih aku pun menyusuri la tempat2 paberet merendek dulu, mula tu aku pi Seksyen 2, cantik dah tempat nih depa buat, masa zaman aku dlu kedai makan kat sini gerai lama, la dah cantik, seingat aku dulu tiap2 minggu aku pederaih mai beli Nasi Goreng Daging Merah Rm 2.00 pastu dah naik jadi Rm 2.50 kat gerai hujung sekali yang la nih tempat dah  jadi lokasi restoran KFC tu. Zaman stadi dulu rega makanan tegha tu mmg berbaloi la jd pengalas perut selain Makanan Asasi Graduan-Graduan Institusi yakni MAGGI  hahaha.... pastu aku pun pi la Kedai Pak Mal Nasi Ayam kat Seksyen 11, kedai macam dulu jugak la, rasa makanan pun sedap macam dulu jugak, yang sedap kat sini selain nasik ayam adalah soto dia, mmg menangis habihhhhhhhh........ klu makan boh cabai banyak hahahaha.....zaman student duit tak berapa nak ada jadi kedai2 makan cam ni la jadi pilihan, murah dan sedap.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat berak hahaha...ya la mai tgok tempat rumah sewa dulu yg jadi tempat tidoq, tempat mengkelai, tempat meruah, tempat masak, tempat basuh spenda baju dll, tempat gelak, tempat layan perasaan, tempat kentut selama 3 tahun kat sini iaitu di Pangsapuri Perdana Seksyen 13 sebelah Pasaraya Gergasi atau dlm Bahasa Melayunya Pasaraya Giant, bersebelahan Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati. Dulu ramai jugak la bebudak Uitm yg sewa sini sebab ada fakulti dekat Stadium Shah Alam, la tak tau la, sebab fakulti Uitm dekat stadium tu dah pindah pi Uitm Puncak Alam. Mungkin budak Kolej PTPL dgan Politeknik ramai kot sewa sini, aku sewa sini dulu Rm 1000.00 sebulan seb baik dok 11 org jd la 90.00 sorang, tapi kmi bayaq rm 100.00 gak sorang, yg lebih tu habuan beli stok makanan. Sempat jugak la masuk Giant, cadang tu nak makan kat Hot Plate Mushroom Noodle kegilaan wife aku dulu kat food court, tapi si Otromen Taro Syakirin nak makan Chiken Rice Shop plak, sebab sebelah tu ada playground, jd layan la permintaan kanak2 ribena nih yg diundi 1500% oleh adiknya Nasihin apalagi wife aku muka pun dah jadi huruf  W dah sebab kempunan makan hot plate hahaha....
Tak banyak gambaq Pangsapuri Perdana Seksyen 13 nih dlm simpanan aku, yg ada gambaq nih ja masa aku slim mlim dulu2 , la dah mcm bapak ungka dah badan aku hahaha...gambaq bangunan pangsapuri pun dok nampak jauh dlm gambaq tu. Apa yg berubah kat sini nih yg aku nampak, gerai jual makanan depan pangsapuri nih dah banyak dah, dulu ada 2 gerai ja. pastu dah ada Masjid yg dibina tak jauh dari situ, dlu kalau nak sembahyang jumaat aku pi masjid dalam politeknik, sebab yg tu la dekat sikit.
Akibat keterujaan yg melampau brader Syakirin nih terhadap animasi Boboiboy berbanding bapaknya yg Boboiroi lalu aku bawak dia teruih pi kilang yg menghasilkan menan untuk animasi Boboiboy nih kat Gaia Plas Sdn Bhd di Kota Kemuning Shah Alam, Selangor. Mula tu Melilau jugak la carik maklumla tak berapa familiar ngan tempat nih, tambah kawasan nih kawasan perindustrian, lepas pusing2 tu jumpa jugak. Dan la Syakirin sambaq 2-3 action figure boboiboy beserta topi dan bekaih ayaq boboiboy. Ada action figure baru Boboiboy tapi sykt tak jual lagi, yg ada pun display ja. Yang beli kat sini ni bukan apa senang bawak dia mai tgok semua jenis menan Boboiboy biaq dia pilih nak apa, lagi satu beli kat sini dapat diskon dari beli kat luaq.
Malam tu aku bawak anak beranak aku dengan keluarga kak ipaq aku pi sapdek kat medan selera Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Punya la ramai org sampai nak parking pun kna pusing 2-3 kali, sikit lagi ja nak cukup pusingan tawaf  7 kali heheheh....Uptown Seksyen 24 ni masa aku stadi tak bukak lagi, tapi ok la sebab jadi salah satu destinasi kunjungan kalau mai ke Shah Alam sebab kat sini dijual beraneka t-shirt, menan, pakaian, kasut , pewangi ,tudung dan macam2 lagi la, kat sebelah plak ada deretan kedai makan, apalagi singgah makan dulu la kat kedai Nasi ayam Penyek + sate besaq ibu jari kaki hulk hogan yg dibantai secara berhemah oleh Syakirin dan Nasihin dgan rakusnya.
Melewati ke dinihari kami berkunjung plak ke I-City yg mmg meriah pada waktu mlm yg diterangi lampu-lampu neon yg berbagai bentuk dan berbagai warna. Masa mai sini pun memba aku ada pesan, klu nak parking kna parking kat tempat yg disediakan dengan bayaran Rm 10.00, klu parking kat tepi2 jalan takdak org dlm kereta, kemungkinan utk kereta anda di clamp adalah 85% + 25 - 46 =  pai J kuasa 2. Aku cuma pi tengok pokok2 kaler maler tu ja, tak masuk pun snow walk, muzium 3D dan yg lain.
Usai percutian 5 hari 4 malam di daerah 1002 kenangan masa lampau antara aku dan ibu beliau jadi keesokannya kami pun bergerak la balik ke Utara tanahair dengan suasana dalam kereta yg sunyi hanya 4 jam 8 minit ja sebab depa ralit lena , lepaih depa jaga tu suasana dah normal balik seumpama suasana di Stadium Utama Kangar  apabila skuad singa utara Perlis berjaya menjaringkan gol dlm perlawanan persahabatan menentang pasukan Belia 4B kampong Alor Redis.

Tuesday, December 24, 2013

Bercuti ke Kuala Lumpur dan Putrajaya

Agak lama jugak la aku tak update blog nih, maklumla takdak aktiviti menarik sgat walaupun diri aku memang menarik perhatian gadis-gadis manis sehingga ke planet jupiter raya adanya. Kali ni aku bawak hero heroku jenjalan melawat wilayah hutan batu yang mempunyai kepadatan penduduk 1.6 juta dan berkeluasan 243 km persegi iaitu Kuala Lumpur atau loghat Kodiang 'Kolumpoq". Aku menginap di Hotel 99 yang terletak di Bandar Puteri Puchong sebab trip kali ini aku plan nak berkunjung ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam jd pemilihan hotel yang berada di kedudukan tengah- tengah antara wilayah kunjungan nih menjadi pilihan aku anak beranak.Hotel nih ok la bg aku, bersih , berbaloi dgan wang, berdekatan dgan restoran Nasi kandar dan berhadapan Pasaraya Giant.
Last aku pi IKEA Damansara Mutiara nih masa aku couple ngan wife aku zaman stadi kat Uitm Shah Alam dulu, seingat aku dulu kawasan nih hanya ada seketoi nih ja bangunan IKEA, la bercambah bangunan area sini, dgan The Curve, Court Mammoth dan banyak lagi. Tak banyak sangat beli pun, cuma beli barang2 yang muat dgan keta ja, pastu pi la try Bebola Daging negara kelahiran Zlatan Ibrahimovic yang femes tuh dekat food court dia,  rasanya mmg osem sekali yg berjaya diperabihkan oleh Syakirin dan Nasihin tak sampai 4 jam....eeerrrkkk....cam lama ja, hehehe...
Berpandukan jalan dari penunjuk arah ku yang jelita, Cik Siti Kelesom dari GPS Papago Corporation kami sampai di Menara KLCC , ala yg ada pasaraya I-Setan kat bawah dia tu, dengaq kata la tengah nak buka pasaraya satu lagi dgn nama E-Blis bru la ngam kan hahahaha....meriah kat sini jalan-jalan cuci mata dan cuci duit sekali hehehe...
Macam biasala tempat pilihan anak-anakku apalagi klu bukan ke habitat terancang haiwan-haiwan liar yakni Zoo Negara. Macam-macamla menatang ble tgok kat sini, gajah, zirafah, ulaq, boya, kerbau, kuda, semut, krengga,kuman, protozoa, paramesium,ameba dan lain-lain lagi. Tiket masuk berharga Rm 30.00 untuk dewasa dan Rm 10.00 untuk kanak-kanak 2 tahun keatas, kanak-kanak bawah dua tahun percuma. Klu tak larat jalan kaki ble naik tren yg dikenakan tambang Rm 3.00 seorang.
Singgahan seterusnya adalah ke Putrajaya iaitu ke Masjid Putra dan menyusuri tasik di sekeliling mu ada dinding-dinding yang menghalangi ....ehhhh...meraban apa plak aku nih dok selit  lagu Dato' Siti Nurhaliza tu  plak. Ok sambung blik lepas aku basuh berak Syakirin kat tandas pree tadi kat kedai-kedai bawah Masjid Putra, pastu aku pun bawak la depa menyusuri sekeliling tasik Putrajaya dengan menaiki Putrajaya Cruise yang dikenakan bayaran Rm 74.00 satu famili (4 orang).
Seb baik aku sempat ke pesta jualan buku murah Big Bad Wolf yang diadakan di dewan MIECC @ The Mines Seri Kembangan, orang tak sangga ramai, rega buku pun tak sangga murah, buku pun tak sangga banyak, kawasan pun tak sangga luas, kesimpulannya aku pun tak sangga la letih sebab Nasihin pun tak sangga la lena ataih bahu aku, kna gendong dia plak yg berkapasiti 15 kilo pastu nak pi cari buku yg menarik perhatian dan menarik wang poket aku plak (seb baik la kekuatan dalaman aku bersamaan kekuatan seekoq cimpanzi afrika timur). Kebanyakan buku kat sini majoriti buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Minoriti ja. Banyak gak la aku borong buku kat aku anak beranak, bukan buku ja aku borong, t-shirt yg depa jual pun aku borong sekali termasuk la eskrim koneto yg dijual kat luaq dewan untuk menunjukkan betapa pelahapnya diriku ini, sekian adanya.

Tuesday, August 6, 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27


Sebenaqnya tarikh aku temuduga Pen. Pegawai Tadbir N27 ni 11 hb Jun 2013 aritu, saja post arini sebab result dah keluaq kemarin, kot2 pakat tertanya2 result jadi aku insert sekali keputusan result temuduga tersebut. Keputusannya Alhamdulillah aku dapat calon simpanan, calon simpanan nih sah laku dia dlm tempoh setahun, dan akan dipanggil apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut selepas batch yg berjaya tu lapor diri, sekiranya terdapat calon berjaya yang menolak atas sebab tertentu, barulah dipanggil calon simpanan tersebut. Memba aku penah jugak dapat calon simpanan Penolong akauntan W27, dlm bulan Oktober keluar result, bulan Januari batch yg berjaya lapor diri dan dlm bulan April batch calon simpanan termasuk beliau plak dapat tawaran. . Ada wife memba aku dpt calon simpanan Pen. Pegawai Tadbir N27 nak dekat setahun bru dpat tawaran, tempoh berapa lama calon simpanan nak dapat tawaran tak tentu, sebab ikut kekosongan jawatan tersebut, aku dulu pun masa dpt jawatan Pembantu Tadbir N17 nih pun dapat calon simpanan gak, dlm masa 3 bulan pastu bru dapat tawaran. Walaupun dapat calon simpanan tapi aku dah cukup bersyukur, tambah2 bila tgok statistik pengambilan yg agak heaven cam kat bawah:-

Statistik Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 2013

  • Bilangan Permohonan : 153, 183 orang
  • Bilangan Panggilan Temuduga : 49, 116 orang
  • Bilangan Kekosongan Jawatan : 67 orang
  • Bilangan Calon Simpanan : 1000 orang
Mungkin selepas nih ada lagi calon yang akan menghadiri temuduga Pen. Pegawai Tadbir N27, jadi kat sini aku nak bg sedikit tips dan kongsi pengalaman temuduga aku tempohari. Temuduga kali ni merupakan yang ke 3 bg aku, 2 temuduga sebelum nih aku guna lesen Diploma aku, tapi tak berjaya, kali nih aku guna lesen KPSL, aku dah lulus Ujian KPSL Pen. Pegawai Tadbir N27 tahun 2011, tapi takdak rezeki aku masa tu, lepas result keluaq aku dah terlepas utk temuduga jawatan nih, lagipun mmg aku tak isi borang temuduga sebab nak tgu result KPSL nih keluaq. Lepas isi borang SPA8 , takdak panggilan temuduga utk tahun 2012, bila masuk tahun 2013 bru dipanggil temuduga. Jadi bila dah tau tarikh interview dgan sepantas tenuk la ku sediakan apa yg patut dan baca serba sedikit maklumat berkaitan kerja kerajaan nih, tambah2 aku dah  berkhidmat dlm kerajaan, sahih penemuduga akan tanya soalan2 cepumas punya, aku kena interview di Bangunan Tun Abdul Razak, Kangar dan ada yg kena di Bangunan Persekutuan, aku rasa tempat yg aku kna interview nih utk calon yg dah berkhidmat dlm perkhidmatan awam. Nindia antara tips sebelum menghadiri temuduga Pen. Pegawai Tadbir N27:-

Etika berpakaian:-

Lelaki- berpakaian kemas dan sopan, baju kemeja lenggan panjang warna cerah, seeloknya pakai talileher atau blazer, seluar slack hitam dan berkasut kulit. (bg yg dah bekerja seeloknya pakai name tag)

Wanita-baju kurung atau baju yg agak sopan dan pakai kasut bertutup penuh.

(Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda.
Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.)

Susunan sijil-sijil dan salinan.

- IC, surat beranak, sijil SPM, sijil berenti sekolah, Resume yg ringkas dan bergambar,Diploma, Ijazah , trankripsi, dan sijil2 kegiatan luaq (asal sahaja) (bagi yg guna KPSL jgan lupa bawak salinan keputusan peperiksaan KPSL tersebut yg menunjukkan anda lulus ketiga2 subjek, dan isi borang Lampiran A-pengesahan ketua jabatan dan Lampiran D-Ringkasan kenyataan perkhidmatan yg bole didonload di laman SPA serta salinan Laporan prestasi tahun semasa yg telah disahkan oleh ketua jabatan)

Persediaan Lain:-

- Baca buku Arahan Perkhidmatan dan Arahan Perbendaharaan, baca sokkabaq ttg isu-isu semasa, menteri-menteri kabinet, plan2 ekonomi kerajaan.

-Sebelum masuk bilik penemuduga, ketuk pintu 3 kali, bg salam , serahkan sijil2 kita dan duduk dgan tertib.

- Mai awai semasa temuduga utk menunjukkan kita betoi2 ada komitmen utk jawatan nih.

Antara soalan2 yg ditanya penemuduga kat aku:-

Perkenalkan diri dlm bahasa Inggeris.
- yg nih mmg aku dah prepared awai2 sebab seblm2 nih pun mmg depa akan suruh mcm nih.

Latarbelakang tugas sekarang.
-aku jawab penah buat cuti, kursus, isytihar harta, aset dan stor.

Cuti terbahagi kepada berapa
-aku jawab la apa yg aku ingat, cuti perkhidmatan, cuti sakit lanjutan, cuti perubatan dan cuti tidak berekod, pastu aku huraikan la satu2.

(tang nih dia dah tanya soklan berkaitan IQ)
Kalau staf bawahan awak dah habis cuti rehat, dan cuti sakit swasta dia pun dah habis limit,  tapi dia cuti lg dgan mengemukakan mc, camana awak nak buat?
- tang nih aku jawab tolak cuti rehat dia utk tahun akan datang (failed) jawapan dia aku kna suruh staf tersebut pi klinik kerjaan dan sahkan mc dia tu oleh pegawai perubatan kerajaan.

Macamana kalau anak salah seorang staf awak sakit berjangkit dan kna kuarantin di rumah atau di hospital, layak ka staf tersebut dapat cuti kerantina?
-aku jawab tak boleh sebab cuti kerantina hanya utk staf sahaja, dan jikalau anak beliau sakit dan memerlukan penjagaan, beliau boleh memohon cuti rehat.

Kalau tengok kekosongan jawatan N27 di Perlis ni sikit, jadi awak sanggup kah kalau kna posting luar negeri Perlis , memandangkan awak dah beli rumah kat sini?
( aku pun jawab dgan berhemah la, w;pun dlm hati kalau bole nak posting dlm negeri Perlis takpun negeri2 yg dekat ja) Sebenaqnya kalau saya dah sanggup untuk memohon jawatan nih, jadi saya kena terima apa juga keputusannya nanti, w;pun kna posting kat negeri lain.

Ada apa2 yang awak ingin sampaikan?
- Kalau saya ditawarkan jawatan nih, saya akan melakukan tugas dgan penuh amanah dan tanggungjawab serta tak akan mengecewakan org yg telah memilih saya, kerana bagi saya w;pun di mana pun saya bekerja, di situlah punca rezeki saya yg saya berikan utk anak, isteri dan ibu bapa saya, kerana bg saya kerja itu merupakan satu ibadah.
 
Selesai sudah, sebab aku hanya ditemuduga oleh seorang penemuduga saja, lepas salam ngan beliau , aku ucapkan terima kasih dan bg salam sebelum keluaq. Llleeegggaaa... tu la sedikit sebanyak pengalaman temuduga aku kali nih. Sharing is caring, shaving is cleaning hehehehe....

Wednesday, July 17, 2013

Bercuti Ke Krabi

Kami sampai di Krabi dah dkat Maghrib, Lepas solat kami bertolak ke Restoran Steamboat Muslim di Pekan Krabi utk mengisi temolok yg sedia lapaq. Bas takleh masuk ke restoran nih sebab lorong dia kecik ja, bas bole parking kat luaq dan kita ble jalan kaki lebih kurang 30 meter ja dri jalan besaq. Masa kami sampai tu org dah ramai, tapi seb baik la kami dah booking awai. Bayaran dikenakan adalah RM 23.00 seorang dan berbaloi makan sini sebab, satu-kita bole makan sebanyak mana pun, jgan sampai pecah perut sudah, kedua-bahan mentah yg disediakan banyak yg fresh cam, daging, daging ayam, udang, perut lembu, hati lembu, paru lembu dan ada juga makanan frozen yg lain. Turut disediakan adalah nasi putih, nasi goreng dan minuman  lai chi kang . Cuma kena berebut sikit la sebab org punya ramai termasuk org tempatan dan pelancong dri malaysia. Tempat pun menarik, tapi bg sesapa yg ambik bahan banyak dan tak mkn habih bole dikenakan denda oleh pihak restoran iaitu dendanya cium ketiak Marlon Alex James lepaih dia habih trening bola hahahaha.... mmg dikenakan denda tapi dalam bentuk wang Baht la, bukan apa dia buat nih supaya pelanggan tak membaziaq ja.tapi takdak kot yg kna denda.
Selesai mentekedarah sedikit sebanyak , kami pun singgah di pasar malam Krabi yg terletak di Pekan Krabi nih. Banyak info yg aku dapat dri blogger2 lain yg berkunjung ke sini di mana banyak souvenier dan barang2 kita bole dapat dgan rega murah kat sini berbanding di Pantai Ao Nang.Besaq jugak pasar malam nih, dan banyak kali jugak la terserempak dgan turis dri Malaysia. Sempat la aku snap remaja Siam nih main congkak kat sini, klu belah kita nu dah kurang dah anak2 remaja main permainan tradisional nih, yg ramai pakat main hanya Candy Crush ja dgan main kawin-kawin di hotel2 murah hawhawhaw...
Selain baju2, beg, cenderamata terdapat jugak makanan2 yg unik kat sini cam ais krim goreng tu, tapi aku tak beli pun sebab yg jual non muslim. Kat sini klu nak beli makanan halal tak susah, cari ja penjual yg pakai tudung atau gerai dia yg ada tulisan Jawi. Sempat jugak aku jd konduktor, bukan konduktor bas tapi konduktor orkestra budak2 yg main alatan muzik tradional tersebut yg mana aku konduk depa utk mainkan muzik yg berentak agak pantas iaitu Joget Hitam Manis.
Selain harga yg murah, kat sini jugak ada di jual baju dan souvenier yg pelbagai jenis dan kita bole membuat pilihan yg mana bekenan kat hati. Kreatif org2 depa nih, siap anyam daun jadi bunga. Kalau kat pantai Samila Songkhla ada patung ikan duyung emas, kat sini pun ada juga, iaitu patung dugong emas hahahah.....sebenaqnya mamat nih artis jalanan yg mana dia berdiri kat situ tak gerak2 dan sesapa nak contiang kat badan dia dipersilakan dan bg la upah sikit kat dia.
Sesampainya di Pantai Ao Nang yg terletak lebih kurang 32 kilometer dari Pekan Krabi, kami telah mengcheck in kan diri di Ao Nang Hotel. Bg aku hotel ni antara yg paling selesa la, dgan bilik luas, pemandangan menghadap swimming pool , dan tak jauh dri pantai. Rate sini lebih kurang Rm 130.00 dan disediakan breakfast.
Paginya selepas sarapan, aku pun berjalan2 tenuk di Pantai Ao Nang, cadang nak mandi, tapi tak jadi la sebab laut dia berselut sikit tak macam Pantai Patong, dan pasair dia pun tak semulus pasir kat pantai patong atau mcm kat pantai cenang, pasir dia ni banyak kulit siput. Jadi aku simpan balik bikini yg aku bawak nih dalam poket, rugi plak rasanya takleh mandi, penat bawak bikini g-string aku ni ja. Kat pantai ni jugak ada signbord ttg bahaya klu kena sengatan obor2, mungkin banyak kot obor2 kat sini (tak termasuk larian obor sukan olimpik). Bus Stop kat sini menarik sebab kita akan ditemani patung beruk2 spastik w'pun kita takdak kena mengena dgan beruk makyeh nih.
Selalunya pelacur2 eh silap plak....pelancong2 yg mai sini kebanyakannya pi naik bot ke pulau-pulau yg ada sekitar sini, pulau2 kat sini mmg cantik cam Pulau Phi Phi, Pulau Poda , Pulau Ayam dan jugak Pulau Koh Tub, yg mana bercambah gerai Tour trip ke pulau2 disediakan di sini.Cuma Pantai Ao Nang nih tak la semeriah mcm di Pantai Patong, Phuket, tapi kalu sapa2 nak tenangkan fikiran sambil perabihkan duit dan tambah dosa tgok aurat , ble la mai sini. Post Polis sini cantik depa boh topi polis buat bumbung, cuma polis ja takdak. ATM kat sini letak tepi2 jalan ja, klu kat Malaysia nih, habih kna angkut ngan bekho rasanya thihihihi.....
Last sekali singgahan kami adalah kat kedai di Krabi, aku lupa plak nama kedai nih. Kat sini klu nak rasa makanan laut kering ble la beli utk rasa dan kebanyakannya ada logo halal, ada serunding ikan, serunding udang, serunding ketam,serunding ayam dlll. Ada jugak keropok ikan, ketam dan udang. Sini kita ble rasa dulu bru beli, aku dan jugak rasa serunding udang, ok gak la rasa dia, cuma pedaih sikit ja. Souvenier pun ada cuma tak banyak pilihan. Lagi satu kalau sesapa yg penah mai Thailand kita akan perasan no plat kenderaan Thailand ni ada mcm2 warna, dan jugak la aku tanya kat org setempat dan dia habaq kalau plat yg kaler putih nih kenderaan utk orang perseorangan, plat warna kuning adalah utk kenderaan pegangkutan mcm lori, van, teksi, tuk tuk, plat yg kaler hijau utk kenderaan perniagaan cam van kedai, lori kedai, van pelancongan dan yg plat kaler merah utk kenderaan yg belum didaftarkan macm kenderaan test drive. Itu sajalah yg dapat aku kongsi mengenai trip aku kali ni ke Phuket dan Krabi sampai jumpa lagi di waktu dan rancangan yg sama iaitu rancangan Propagendut di TV sembilan belaih. Merapu plak dahhh....

Friday, July 12, 2013

Bercuti ke Phuket

Percutian 3 hari 2 malam aku bersama rakan2 opis ke Phuket dan Krabi pada 5,6 & 7 Julai 2013 ari tu. Perjalanan ke Phuket dan Krabi memerlukan kita buat Pasport w'pun dilahirkan di sempadan negara Thailand sebab Border Pass hanya dibenarkan pergi sampai Wilayah Songkhla sahaja. Selesai isi white card (borang yg perlu diisi bg pemegang pasport yg ingin memasuki Thailand) di CTC Bukit Kayu hitam dan tukaq duit RM ke Baht kami pun meneruskan perjalan ke Phuket yg mengambil masa kira2 7 hingga 8 jam. Memandangkan Bulan Ramadhan dah tak lama dah menjelma jadi banyak banner2 sambut kedatangan Ramadhan digantung, photo kat atas tu aku ambik kat Pekan Sadao, Pastu berenti pemeriksaan oleh polis Thai dan sempat la jugak snap lori yg ada 2 compartment tu yg mmg menjadi pemandangan biasa di sini, belah kita tak bleh, nti kna saman dgan JPJ w'pun tokwan kita nama Wan Mat Saman hahahah...apa yg aku merapu pun tak tau.
Berenti sat di stesen Minyak di Rathathum utk meruah sebelum naik highway ke Pathalung yg mmg takdak tol. Sempat snap geng2 Bikers Kentut eh silap plak...Biker Kental dari Malaysia, yg mungkin menghala ke Krabi gamaknya akibat didorong filem Biker Kental dan juga kemungkinan nak cari gadis Siam bernama Saiya Sukaphorn.....dan aku tgok muka depa pun mmg peminat filem porn hahahaha...Mmg kita sedia maklum highway belah Thailand ni takdak R&R mcm highway belah kita , tapi stesen2 minyak depa mmg menyediakan tandas yg free dan bersih serta kedai2 barang runcit utk pengguna lebuhraya nih. Selain kedai runcit dia juga sediakan mesin top up utk line Thailand dan jugak mesin jual sarung jari yg takdak kuku sebagai pelindung jari lelaki yg satu tu kalau2 terbekenan ngan gadis Thai yg banyak menawar diri utk ditiduri di sini hehehehe....
Singgahan pertama adalah di Kedai kek di daerah Trang yg nama tempat nih diambil dari Bahasa Melayu "Terang". Sini bukan sahaja jual kek tetapi juga menyediakan kedai makan muslim, surau, tandas, dan juga mesin urut kaki kot lengguh dok tekan pedal minyak. Di sini kita kena ambik maklum bahawa kalau nak makan nasik campoq, dia tak macam budaya kita, klu dekat2 dgan Hatyai ok lg sebab tak jauh dri M'sia dan depa faham budaya kita, kat sini klu nak makan nasik campoq, satu lauk dicaj Rm 4.00 dan klu tambahan lauk lain dikenakan Rm 1.50 atau Rm 2.00. Bukan apa kna ambik tau satgi tiba2 mai tang nak bayaq kna sampai berbelas ringgit, naya ja. Nak mudah makan juadah yg siap harga dia cam nasik goreng, koteaw sup, mee sup dll.
Selepas tu kita akan menysuri ladang2 kelapa sawit, pokok getah dan jugak sawah padi, sawah padi di sini kebanyakan diusahakan untuk kegunaan sendiri. Kita akan melalui daerah Pahnga atau dlm bahasa Melayu nya "Pak Ngah" dan juga antara destinasi pelancongan yg menarik kat Thailand ni iaitu Koh Lanta. Kat Thailand ni tangki2 ayaq yg kaler biru tu dan bersaiz sederhana ni merupakan pemandangan wajib kat sini dan juga ada berbagai corak.
Kalau la sesapa yg rasa takut pungkoq menanah, atau takut buasir tak kering 3 bulan ble la naik flight ke Krabi atau Phuket, sebab mmg ada penerbangan melalui Air Asia ke sini, cepat sikit berbanding jalan darat nih. Tapi kalau nak rasa dan tgok pemandangan landskap Thailand nih elok la guna jln darat. Kat atas belah kiri tu merupakan Airport Krabi dan gambaq atas sebelah kanan tu jambatan yg menghubungkan tanah besaq dan Pulau Phuket, kecik ja sungai dia. Sebelum memasuki Phuket kita kna melalui dulu Pusat Pemeriksaan Imegresen Wilayah Phuket, tapi jangan risau, kita tak payah turun pun, just lalu ja, dlm wilayah2 Thailand hanya Phuket ja yg ada Pusat Pemeriksaan Imegresen sendiri, mungkin sebab depa antara wilayah terkaya kot dlm Thailand jadi kemasukan pelancong dari dalam atau luaq kna periksa jugak.
Sesampainya di Patong,Phuket singahan pertama kami adalah di Masjid Nurul Islam utk buat Solat Jamak dan juga menjamu selera di mana banyak restoran2 Muslim berada di hadapan Masjid ni.
Restoran yg kami singgah utk nyam nyam adalah restoran org dari Pattani dan makanan dia mmg mabeles, aku order nasi goreng sefod, dan belah Siam nih dia punya tata hiasan utk makanan mmg gojes tu yg tambah selera nak makan tu, siap boh ulam daun bawang lagi. Tapi rega dia mahai sikit la dlm Rm 5.50 sepinggan. Kat sini juga disediakan perkhidmatan dobi yg dikenakan bayaran hanya rm 3.00 utk mesin basuh kecik dan rm 5.00 utk mesin basuh berkapasiti tenuk himalaya.
Hotel tempat kami menginap adalah di Aloha Villa Hotel di Pantai Patong yg tak jauh dari nadi kehidupan tumpuan  pelancong dunia iaitu Bang La Road. hanya 20 langkah ja berjalan kaki. Hotel nih mmg terbaik la bg aku, bilik cantik, WiFi free hanya di ruang lobi dan kita boleh beli perkhidmatan internet jika nak guna kat bilik iaitu sebanyak RM 10.00 utk 1 jam. Memang dlm post aku mengenai bilik hotel mmg kna ada model, model tu didatangkan khas dari Sarkas Uganda Selatan tajaan Mek Som Automotive dan ubat cirit Pil Chi Kit Meon.
Peringatan aku kalau nak mai sini jgan lupa bawak International Soket sebab soket kat sini tak sama macam negara kita, nti tak pasai2 bateri hanset, tablet, kamera kong. Mai sini jgan terkena kejutan budaya plak sebab kat Phuket ni depa bang tak ikut waktu, sat sat 'bang", sat sat 'bang massage bang" hahahahaha...Sini ada jugak restoran sefod yg makanan sefod dia mmg fresh, tapi bila tgok rega lobster tu rm 30.00 utk 100 gram, kensel la, aku beli jajan perasa udang ja utk megantikan keinginan merasa makanan sefod tu, janji rasa udang sudah. Lepas mengudangkan diri aku pun berserta rakan2 gigoloku berjalan2 sambil bukak dada tanda tough w;pun hakikatnya perut pi dulu, tapi tak kesah sebab ramai gadis2 kat Bang La road manis2 belaka, tapi tgok2 sama kot2 kna gadis berhalkum plak hahaha..
Pompuan Siam nih mmg aku puji, bukan saja pandai masaj org ja, depa pun pandai masaj tiang, aku tgok sepanjang jalan Bangla Road nih, merelit habih tiang2 tu depa masaj, mmg best la depa nih.Kalau la sesapa mai sini berkeluarga, aku tak galakkan bawak budak mai sini, takut rosak budak tu nti sebab sini show2 depa open, tak sesuai la utk depa.Antara tempat hiburan femes kat sini adalah Tiger Bar, ni baru tiger show betoi selain Thai Girl show, kat sini ramai promoter akan promote kat anda tarian2 tanpa baju dan seluaq, juga ditawarkan masaj ping pong, masaj ragbi dan juga masaj bola lisut hahahah...aku pun heran jugak mcmana tempat ni dinamakan Bangla Road sebab takdak sekoq pun bangla aku jumpa selain dari aku la yg iras2 sikit nih. Yg ramai mat saleh la, tapi rupa rupanya mmg ramai pun bangla kat sini kalau kita melalui jalan di seberang pantai Patong, depa pakat dok keja jd jurujual kat bazar yg bercambah sepanjang jalan.
Pantai Patong nih penah musnah teruk dilanda Tsunami tahun 2004 dulu, dan aku tau pasai pa tempat nih kna bala dari Allah. Dikepalai Inche Bob pala tau , kami berjalan2 pusing pekan Patong nih jalan kaki, sempat singgah di Cafe Batu Keras (Hard Rock Cafe) dan Pasaraya Jungceylon Phuket mcm gambar di atas sebelah kanan. Penat berjalan kami lepak kat gerai muslim sebelah hotel yg jual sotong, ayam, sosej, fishball , jagung bakaq dll. Kat sini kalau penat nak bejalan kaki, mmg banyak perkhidmatan tuk tuk yg menawarkan khidmat beserta bayaran klu nak round2 pusing pantai Patong.
Pagi breakfast disediakan pihak hotel dan macam biasa la ,aku makan lauk saja, baru rasa cam mat salleh  hehehehe. Destinasi berikutnya ke Pantai Patong, mmc cantik view pantai nih, patut la ramai mat salleh mai mandi sini, pagi2 pun dah ada dok berendam dah, apalagi pakai spek mata hitam la, kaver pandangan mata nih hauhauhau....
Dari Phuket Town nak ke Pantai Patong nih kita kena melalui bukit yg agak curam, cam bukit nak pi Wang Kelian Perlis. Dan nama tempat Patong ni diambil nama dari bukit ni la yg bermaksud "Bukit Daun Pisang". Kalau sapa2 penah sampai sini , kat puncak bukit ni ada satu kuil dan ikut kepercayaan depa sapa yg lalu situ kena bunyikan hon tanda hormat kat kuil tu. Kami singgah di Kilang Jangguih atau gajus ikut loghat Mendailing  di mana kat sini kita bole beli biji jangguih yg bermacam perisa dari tomyam, bawang putih, madu, BBQ dan macam2 lagi dgan harga yg berpatutan, di sini juga kita bole merasa ayaq yg dibuat dari biji jangguin nih, sedap gak cuma bergas sikit. Kat sini juga ditunjukkan cara mcamna nak kupas biji jangguih sebelum digoreng yg mana aku terpaksa ambik alih tugasan tersebut setelah aku tertempeleng makcik tersebut sehingga pengsan selama 5 minit hanya kerana beliau mengatakan rupa aku terlalu kacak umpama Aaron Aziz .
Pastu kami menyinggah di Premium Outlet, ala shop lot yang ada berbagai jenama yg terkenal cam nike, adidas, puma, levi's dan bermacam lagi la, tempat ni pun masih baru sebab tgok masih ada kerja pembaikan dibuat. Harga barang2 kat sini agak mahal  lebih kurang sama macam harga kat tempat kita ja.
Asyik singgah tempat shoping ja, apakata kita singgah tempat isi perut dulu yg keja dok nyanyi lagu Lai Krathong  ja dari td. Aku n the gang makan kat satu gerai makcik muslim nih, nama kedai apa pun tak tau, yg speselnya makcik ni jual Nasi Itik...haaaaa...klu kat M'sia ada Nasik Ayam, kat sini ada nasi itik, apalagi order sorang sepinggan la w'pun bahasa kami ngan makcik tu pun cam ayam dan itik heheheheh....seronok mai tempat org nih bole merasa makanan yg lain dri tempat kita, hidangan biasa ja tapi rasa dia mmg lazat 6 kuasa kuda, Nasi tak payah dok kata apa la mmg guna beras siam yg sedap tu, dia bubuh itik panggang, sawi yg diceloq, teloq ayam dan sayoq manih halia serta ulam-ulaman yg beraneka termasuk la daun bawang.Rega dia lebih kurang RM 4.50 shj.
Lepaih tu kami pi Kilang Cetak Baju yg ownernya keturunan Indonesia dan telah menetap lama kat sini, besaq kedai dia dalam 5 pintu, ada bermacam corak yg boleh pilih dan semestinya yg popular adalah baju corak Hard Rock Cafe Phuket yg ada bermacam design dan harga dia mmg jauh lebih murah dari yg dijual di gerai2 pekan Phuket. Sebelum beli baju kita akan diberi penerangan serba sedikit oleh owner kedai yg boleh berbahasa Melayu .Seeloknya beli borong kat sini sebab kalau kita beli dlm kuantiti 10 akan diberi percuma 1. Aku beli bermacam pattern kat sini lbih kurang 20 pasang lebih  utk aku anak beranak dan juga famili mak abah aku dan mentua aku. Mcm2 pattern ada cuma antara segan dgan tak ja kalau nak pakai. Merupakan salah satu destinasi wajib kalau mai ke Phuket.
Usai memperabihkan duit kat Kilang Cetak Baju kami bertolak ke Kilang Batu Permata, cantik tempat dia siap ada akuarium bela ikan lagi. Dalam tu kita akan dibawa menaiki keretapi yg mana kita akan diterangkan serba sedikit sejarah batu permata dan juga cara pembuatannya. Keretapi ni dilengkapi audio pelbagai bahasa sebab sini juga merupakan salah satu tempat kunjungan pelancong dari pelbagai negara, pelancong M'sia digalakkan pi waktu petang sebab sebelah paginya ramai pelancong dari China dan Russia.
Nak cuci mata bole la mai sini, rega satu2 barang dkat riban-riban jugak, mano ado pitih kawe, habih beli baju takdi doh. Kat sini jugak kita bole tgok para pekerja kilang memproses batu permata utk dijadikan barangan hiasan, tertarik dgan batu permata pun tertarik jugak, tapi aku lebih tertarik dgan ukiran kayu yg dibuat hiasan dlm premis nih, mmg kreatif dan memerlukan masa yg lama utk buat ukiran tu, musti mahai rega dia kan, ya la dah ukir guna kayu, klu ukir guna plastisin mungkin la murah ya dak. Sampai kat sini saja singgahan kami di Phuket dan kami bertolak pulak utk ke destinasi selanjutnya iaitu Krabi.

Friday, May 24, 2013

Phimosis pada kanak-kanak lelaki

 Pada mana-mana keluarga yg ada anak lelaki tu sentiasa la check nonek depa selalu kot2 terdapat sebarang kelainan seperti dia selalu mengadu kerap sakit ketika buang ayaq kencin ataupun dia mempunyai tabiat suka pegang nonek dia, itu merupakan tanda2 awai yg nonek dia ada problem, nak sahkan lg parent kna tengok masa dia buang ayaq kecik, di hujung nonek dia tu yakni di kulit hujung akan mengelembung dan ayaq keluaq sikit. Phimosis ni bermaksud lubang nonek di hujung kulit sempit hingga tak bole ditarik atau tak bole loceh kata org utara dan menyebabkan dia sakit ketika kencin. Syakirin baru dipasang antibiotik line setelah kna admit di wad Peadeatrik Putra Medical Centre, Aloq Setaq, Kedah.
Simptom nih tak bole dibiarkan sebab nti ia boleh menyebabkan anak kita  kerap demam panas dan perkara yg takut terjadi apabila tak diberi rawatan segera adalah salur kencing depa akan dijangkiti kuman atau radang yg bole merebak ke salur kencing dan buah pinggang, bila dah kna radang nih lg teruk nak rawat. Dan rawatan paling mujarab utk simptom nih adalah sunat la apalagi. Setelah disogok dengan beberapa unit menan utk bermlm di wad, Syakirin pun kna la berpuasa setengah hari sebab bg kanak-kanak yg nak kna sunat dlm lingkungan 4 tahun mcm Syakirin mmg kna bius satu badan
 Syakirin sebelum masuk bilik bedah, aku temankan dia sehingga dia dibiuskan. W'pun lebih kurang mcm bersunat biasa tapi pengalaman tu rasa seriau sikit sebab kna masuk dewan bedah, cam aku dulu dlm klinik ja tp ngeri la jugak sebab bole dengaq bunyi gunting masa doktot potong pasai aku kna bius setempat ja, sebab aku masa tu besaq dah la, darjah lima cempedak.
 Bagi mana-mana parent yang ada anak lelaki mmg wajib la kna lalui proses anak bersunat nih cuma tika dan waktu ja yg berbeza, aku dah lepaih dah sorang, tinggal yg adik ja. Nasihin pun aku mintak Doktor cek kot2 dia kna simptom cam abang dia, tapi alhamdulilah la Doktor kata Nasihin normal, sunat mmg kna sunat cuma bg dia besaq sikit la. Selesai ja doktor pisah kan visor dari helmet jerman beliau dan hilang ja kesan ubat bius apalagi melalak la budak nih, sakit banyak kata dia, mcm2 aku ngan ibu dia pujuk, beli menan la, buat gaya badut sarkis la, lompat bintang la nak bg dia jgan ghiyau, tak jalan jugak, last sekali penyelesaian dia ,bg ubat penenang la, susu botoi buatan tangan cap ibu kandungku.
Sunat masa anak2 usia 3 hingga 5 tahun nih teruk sikit, sebab depa kerap merap atau meragam maklum la sakit, luka sikit pun berguling tak sangga tambah la kna sunat. Tapi masuk ari kedua Syakirin dah ok, rasanya dia dah bole terima kenyataan bahawa visor helmet jermannya terpaksa dipisahkan pada usia muda. Cukup seminggu dah bole lari dah. Sebenaqnya dua hari lepaih dia dah bole balik rumah tu, aku ada buat kenduri utk dia, punyala kalut sampai satu gambaq pun aku tak ambik masa kenduri tu. Buat kenduri awai bukan apa,  cuti sekolah dah dekat nti full booking plak pihak pembekal khemah ngan katering.