Jangan Clik

Wednesday, December 19, 2012

Penyatuan dua hati

Proses mengedit tak selesai-selesai lagi, maklum la cpu kat rumah dah sampai tarikh luput. Sabaq no iwan, nti kita tgu cpu baru sampai yg power sikit baru senang nak buat proses mengedit nih. Apa pun sekalung ucapan tahniah dari keluarga bang yo semoga iwan ngan faezah berkekalan hinga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata.Ni bru sempat edit utk cover,  lain2  yg nak dimasukkan dlm costum album akan menyusul.Sabaq no , sebab sabaq tu separuh dari sabaq bernam muahahahaha.....

Tuesday, December 18, 2012

Hari Kecemerlangan Tadika PRASIS

 Hari kecemerlangan Syakirin di Tadika PRASIS jatuh sama hari dengan Kenduri sepupu aku, tapi aku ambik masa sat mai majlis ni sebab Syakirin dah lama dok trening persembahan utk majlis kecemerlangan nih. Majlis ni dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz yg dijemput dan hafazan Al-Quran dari pelajar lelaki dan perempuan.
 Majlis dibuat di Dewan Lembaga Pertubuhan Peladang Jalan Kaki Bukit. Ramai jugak ibu bapa yg hadir utk memberi sokongan dan melihat persembahan anak2. Dari persembahan bahasa Arab, Melayu hinggalah Bahasa Inggeris. Bagi ibu bapa juga dibuat cabutan bertuah dan sedikit Perkongsian ilmu dari Ustaz MRSM Baling yg juga anaknya dihantar ke tadika ini dengan memberi sedikit info serta ilmu utk dikongsi bersama.
Syakirin dapat jugak hadiah pensel warna utk pelajar 3 tahun dan hanya pelajar usia 4 hinga 6 sahaja yg ada hadiah kecemerlangan dari no 1 hingga 3 bg subjek Agama  dan subjek lain.