Jangan Clik

Thursday, August 30, 2012

Beraya di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu.

Memang setiap kali raya kami tak penah osom utk balik kg sapa dulu sebab keluarga 2 belah pihak dekat, dlm sehari bleh beraya dua2 rumah org tua. Keja pun kat sini mmg takdak sangat la suasana balik kampung atau terlekat berjam-jam dalam jem yg mmg sinonim bila tiba hari raya nih. Tapi kali ni atas permintaan Chek (panggilan bg tok belah Terengganu) suruh kami balik beraya di Kampung belah Abah aku di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu jd kami pun dgan riang ria bersiap utk balik kampung yg agak jauh jugak la utk beraya kali ni.Nasihin ngan abg dia Syakirin mmg lena waktu kami bertolak tu, maklum la bertolak awai lepaih semayang Subuh dgan dibantu suasana sejuk akibat hujan, lg ralit la depa lena dgan Nasihin lena ikut style cam abg dia dulu masa first time balik Terengganu tgok Nek depa.
Menjadi kebiasaan keluarga aku kalau balik Terengganu, musti lalu ikut jalan pantai, bukan sebab apa, salah satunya jalan pun tak jem selain bleh berenti rehat sambil makan kepok lekor eeehhh silap...masa bulan posa mana bleh makan kepok di siang hari, makan angin laut bleh la. Kami berenti sat kat Pantai Merang, Besut sambil menstabilkan balik urat2 sebab perjalanan mengambil masa agak lama jd ada urat yg hampir terpeletot  sambil main-main pasiaq sat.
Lebih kurang pukoi 6 kami dah sampai Bandor Kuale Tengganu, memandangkan agak awai lagi lalu aku terus roger federer eehhh silap lagi....aku roger abah aku ajak pi salah satu Pasar Ramadhan yg agak popular di Bandor Kuale Tengganu nih, iaitu di Pasar Ramadhan Chabang Tiga.
Orang punyalah ramai siap ada kutu siap ble wat duit raya lg buat sewa parking, maklumla esok dah nak raya berduyun2 la org utk membeli buat kali terakhir tahun ini di pasar ramadhan. Pasar ni terletak bersebelahan Market Chabang Tiga.
Mmg hobi aku dri dulu lg klu pi mana2 negeri akan aku search pakai bluetooth makanan asal negeri tersebut eewwaahhh...mcm handset plak pakai bluetooth2 nih. Mai sini mmg aku cari makanan yg popular kat sini la apa lagi kalau bukan Nasi dagang ngan Satar. Yg best kat sini ada jugak la kelainan dri segi makanan dri Pasar Ramadhan Stadium Utama Kangaq. Kat sini antara yg aku bli Nasi Beriani gam, Nasi minyak, Ayaq Cikong (rasanya mcm ayaq kurma ja) dan kuih nanang.
Bila mlm raya menjelma suasana kampung tok aku tak ubah macam di daerah Aleppo, Syria bila tentera Bashar Al Assad menyerang pejuang kebebasan Sunnah, berdentun dentam pakat dok lawan cucuh mercun antara kampung sebelah menyebelah. Syakirin hanya dibenarkan main bunga api ngan mercun Pop saja bersama pak menakan dan sepupunya yg lain, mercun2 lain bg babah yg penuh kesatriaan ni main hahahaha...POOMMMM....awww...sapa baling mercun gurih nih, sakit tau kna bulu kaki i, nti terpeleot plak bulu kaki i yg ikal mayang nih...mmeennci tuulll...( bblluueeerrggghhh.....penulis mengalami muntah hijau-hijau susu bontot baboon selama 3 purnama stelah selesai menulis ayat di atas)
Tema baju raya kami sekeluarga tahun nih Ungu pensel kaler LUNA. Pagi-pagi raya macam kebiasaan bermaafan seisi keluarga dan makan2. Syakirin org makan kuih dia dok tak habih2 bantai nenen, satgi babah bantai nenen tu sekali haaaaa...bru tau,babah pun dah lama tak minum nenen nih.
Bergambar bersama org tua aku dan tok aku yg masih kuat w'pun umoq dah mejangkau 80 an. Pada pagi raya jugak berlaku perkara yg tidak diingini apabila tok aku tiba2 pengsan sehingga terpaksa dipapah oleh abah aku dan pak menakan yg lain, sedara mara pakat kerumun utk melihat apa yg terjadi , abah aku dok mengucap kat telingga tok aku, pak dan mak menakan aku pakat dok urut kaki tangan tok aku, masa tu aku ada terdetik mungkin sebab tu la tok aku suruh balik sebab dia nak tgok anak cucu sebelum dia tutup mata. Tapi tak lama lpaih tu Alhamdulillah tok aku dah mula sedaq dan bleh bangun, dia kata td dia pening sikit sebab pagi td dia rebah masa kat bilik ayaq, kepala dia terantok kat dinding tu yg pengsan td tu. Aku nak bawak pi Spital tapi dia tak mau sebab jatuh sikit ja kata dia dan dah ok sikit.Jadi pak menakan aku pun pakat tak pi beraya la sebab tgu tok aku takut dia pengsan plak satgi.
Belah Terengganu ni payah sikit jumpa laksa ka, bihun sup ka masa hari raya tak macam belah utara yg mmg selalu dihidangkan makanan tersebut. Kat Tengganu ni kebanyakan rumah yg aku pi musti buat nasi, tak kira la nasik dagang ka, nasi minyak ka, nasi hujan panaih ka, musti ada nasik. Lagi satu yg aku selalu jumpa adalah Tapai (tapei klu ikut loghat sini) yg dibalut guna daun getah. (klu belah utara tapai dibalut guna daun pisang)
Hari raya kedua kami Pi beraya rumah tok cik dia di Pulau Rusa (nama ja pulau tapi kampung tepi sungai ja) dan la Syakirin naik bot yg tok ayah dia penah pi ke laut naik bot ni tangkap ikan guna bubu yg tgah parking sebelah jeti.
Petangnya kami lajak pi Pantai Batu Buruk, dan seperti dijangka jalan jem tak hengat sebab ramai org luaq termasuk diriku mai makan angin dan dan sedut bayu laut perasa taik kuda yg banyak kat sini.
Syakirin asyik dok langut ja macam LLN (langut-langut, naik) plak, LLN (la ditukaq nama ke TNB) jadi aku pun dengan sewenangnya membeli  sebuah wau gambaq angry bird utk diterbangkan oleh beliau dgan kelajuan 16 kuasa kuda laut yg dibeli menggunakan peruntukan tambahan dri duit raya beliau yg agak banyak utk bebudak di usianya. Kat sini selain dri duit raya utk bebudak, golongan tua jugak tak ketinggalan dri dapat duit raya, sebab tu la tok aku tak mau ikut aku pi jenjalan sebab nti ada org nak mai rumah katanya, terlepas la duit raya beliau ahakkk...
Malam plak kami pi tgok pokok lampu di Kampung Cina bersebelahan Pasar Payang. Bukan kata org Melayu yg ramai, org berbangsa Tiong Hua pun ramai. Memangla dah nama pun Kampung Cina musti la kaum depa ramai, ya dak.
Esoknya sebelum bertolak balik ke Perlih, kami singgah sat Pasar Payang memandangkan banyak jugak la kdai yg bukak di hari raya ke 3 nih utk membeli cenderahati, rempah nasi dagang, cabai giling, lempok durian, serunding dan barangan bling-bling perhiasan wife aku yg bercambah kedai dia kat sini.
Tak sah kalau balik ke Terengganu kalau tak beli kepok lekor. Aku beli kepok lekor masa perjalanan balik di Batu Rakit (w'pun ramai org luaq suka beli kat Losong, tapi aku suka lagi kepok lekor di Batu Rakit, selain harganya yg murah, rasanya pun sedap, banyak lagi lokasi penjualan kepok ni antaranya di Pengkalan Setor dan Seberang Takir), ingatkan org tak ramai, rupa-rupanya telahan aku silap sebab ramai org yg bertolak balik pd hari raya ke 3 yg bli kepok lekor. Aku beli yg rebuih dan yg dah goreng siap boh dlm keta utk disantap oleh aku anak beranak masa perjalanan balik tambah2 bila lekat dlm jem di Machang ke Tanah Merah selama 5 jam pppeeeehhhh....penatnya, satu lorong dah jd 3 lorong, dgan anak aku nak kencin , berak la...terpaksa la berenti tepi dulu, seba baik boh minyak full tank masa kat Besut, klu tidak ghiyau aku. Buat pertama kalinya aku merasakan bewak Dhab jalan lagi laju dri keta aku hhhmmmm....aku selamat sampai di Perlih pukoi 3.20 pagi dan sesampai tu aku anak beranak pengsan di bilik tidoq sehingga dinihari. Biaq lambat asal hensemm...eehhh...apa plak...biaq lambat asal selamat ..

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Seperti biasa macam tahun2 sudah, handmade kad raya dari aku sekeluarga. Jadi tanpa melengahkan masa anda aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali termasuk rakan Pesbuk, dan juga para pembaca Blog Ruang Santaiku ini semoga hari raya anda diberkati dan kepada yang balik kampung, selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya, jalan keretapi, jalan laut waima jalan udara sekalipun, semoga sampai ke destinasi dengan selamat bersama keluarga tersayang.
Tema aku sekeluarga tahun ni adalah warna Ungu taik idung arnab, haaaaa...musti ramai yang tertanya2, ya ka taik idung arnab kaler ungu, klu ampa nak tau pi la korek sendiri idung arnab, tgok kaler apa, tapi jangan korek time bulan posa nih, nti tak pasai2 batal plak posa arnab tersebut. Hari ni pun mungkin dah ramai berpusu-pusu balik ke kampung, dan aku sekeluarga jugak akan bertolak balik beraya di kampung tok aku di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, Terengganu. Jadi sekali lagi aku sekeluarga mengambil kesempatan mungucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada sesapa yg penah dikelepet oleh aku dan aku menyusun sepuluh jari untuk memohon ..............................................................
sepuluh ringgit wahwahwahwah.......

Tuesday, August 14, 2012

Berbuka Puasa di Pekan Danok, Thailand

Mulanya tak bercadang pun nak berbuka di Pekan Danok ni, tapi bila dok cari2 tempat yg ideal utk berbuka, opismate aku, En.Bob cadang ajak berbuka kat sini kami pun on ja bila tgok tarikh expired date border pass masih jauh. Ni first time aku berbuka kat luaq negara nih dan yang menarik kat sini ,apa yg dimaklumkan oleh En. Bob adalah daging lembu salai (macam pic kat atas tu, yg mana kelihatan en. azaharil tgah laju meratah daging sebab nasik dan lauk2 lain tak sampai lagi w'pun dah masuk waktu berbuka). Tapi takleh salahkan pelayan sini sebab kami mai pun dah agak lewat, tambahan pulak meja penuh dgan pelanggan.
Awai tu terdetik gak kat hati, best ka makan kat Danok nih, tapi bila mai sini dah rasa mcm dok kat Malaysia ja, sebab kerusi meja yg penuh ni semua org Malaysia, siap aku cam 4,5,6 org org perlih. Gerai yg aku mai makan ni aku pun tak tau nama, tapi gerai2 kat sini banyak dan semuanya ada menyediakan daging salai. Gerai ni berdekatan ngan rumah kedai bersebelahan Hotel Siam Thana.
Masa nak mai sini jalan jem dekat border, lori berderet, sahih lori bwak lembu import dri Siam maklumla raya dah makin dekat, permintaan daging sahih meningkat . Lain-lain menu yg kami order adalah sup ekoq, tomyam, daging salai beserta ulam-ulaman, teloq dadar, petai bakaq dan ayaq. Masuk ja waktu berbuka semua pakat dok santap tak hingat doniaaa...
Heehehehe...muka masing-masing dah siap bercahaya lagi lepaih balun nasik. Eeehhh...jgn dok ingat lepaih balun nasik, kami nak pi balun makhluk lain plak...dakk..kami mai berbuka ja kat sini, saja nak rasa suasana dan makanan trademark sini. Klu yg nak mai tu bawak nawaitu  lain, tu masing2 tanggung la. maklum la Pekan Danok ni kan syurga bagi pecinta dunia. Harga makanan kat sini mmg murah (mungkin sebab tu ramai warga Malaysia mai berbuka sini), En. Bob saja tibai 6 ketoi daging salai bersamaan 3 tompok daging korban..peerrgghhh mmg nafsu Paus Biru nih dan harga semua sekali lumpsum rm 70.00 saja. Berbaloi kan makan 4 org siap tambah lg. Lepaih acara berbuka kami pun berangkat beli beras dan jalan2 sekitar pasar malam yg beroperasi hanya pada hari hujung minggu. Try jugak cari mercun, tapi tak jumpa plak.

Monday, August 13, 2012

Conteng - conteng

Sambil-sambil dok dengaq majlis ilmu yang di buat di bilik mesyuarat opis, tangan aku pun dok asyik melukih ustaz berbauk tersebut yang menyampaikan tajuk ceramah bertajuk "Adab-adab ketika berbuka puasa" .
Ni Majlis ilmu kali kedua yang diadakan iaitu dibintangi oleh Ustaz Yaakob yang menyampaikan tajuk ceramahnya 'Muhasarawak Diri" ehhh... lain macam ja bunyinya..ooppsss maafkan saya, salah taip plak, tajuknya adalah 'Muhasabah Diri".
Dok godek2 gambaq masa lawatan pi Hatyai ari tu, aku ternampak gambak unik opismate aku, Inche Bob tengah makan ataupun dlm bahasa Sanskritnya mentekedarah. Try2 la ambik pen dan lukih situasi yang sungguh murni tersebut.
Lepaih Subuh try2 la luncur internet, ternampak kelibat seorang pelukis dari Korea iaitu Kim Jung Gil tengah melukis dlm youtube tanpa menggunakan pensel, teruih lukih ja dan buah tangannya mmg mabeless...tahap otai dah mamat ni, dah la cantik, dia ble lukis dengan detail dan penuh imiginasi. Apalagi mood melukih tiba2 menerjah dan terhasillah gambaq di atas w'pun tak la se..osemmm Kim Jung Gil. First tgok mamat Korea ni melukih terus jatuh cinta pandang pertama dan aku tanpa segan silu membooking secara online buku sketching mamat ni yang akan aku post mengenai buku beliau tersebut di post akan datang sebab postmen pun tak post2 lg buku tu kat haku hahahaha...

Sunday, August 12, 2012

Berbuka Puasa Di Luar

Bulan Ramadhan pun dah hampir ke penghujungnya dan selain dri berbuka di rumah, aku sefamili ada jugak berbuka kat luaq sekali sekala, dua kali dua kala ye dak hahaha...Ni antara rangkuman aktiviti aku sefamili berbuka posa kat luaq, ewaahhh... mcm rangkuman perlawanan Bola Sepak Liga Super plak w'pun pada hakikatnya mmg aku dah tak berapa ambik pot mengenai Liga Super setelah pasukan peberet aku Perlih dah tersungkoq ke Liga FAM, mmg cam kelemumoq pangai. First aku berbuka kat Restoran Nurha's Aloq Staq, restoran ni antara destinasi makan yg wajib bg famili aku sebab wife aku mmg tertawan ngan tomyamnya. Aku order awai pkoi 4.30 ptg sebab klu order lewat, teguk ayaq la jawabnya masa org tgah berbuka nti, sebab sini mmg selalu full house.
Kali kedua aku berbuka di Lynda Ikan Bakar Kuala Perlis, ni kali pertama aku berbuka kat sini, best rupanya dgan angin laut Selat Melaka bertiup disusuli  kompilasi angin dri anak aku Nasihin yg sungguh tak merdu dan tak wangi. Beliau asyik ajak aku jenjalan ja sebab terpesona melihat siswi2 yg ramai dan manis2, jd aku pun tak berupaya menolak pelawaan beliau sambil mensisir rapi rambut serta bauk ku yg ikal mayang ni kerna ia selalu menjadi igauan gadis2 manis.
Kat sini aku order ketam masak cabai sebab Syakirin suka makan ketam dan dia  suka  sebab ketam tu macam raksasa yg selalu lawan ngan otromen dia, jd bila dia makan ketam tu otomatik otromen menang yyeeyyyy...eh yg aku seronok skali ni pasepa. Menu lain aku order ayaq laici satu jag, teloq dadar, tomyam dan soton goreng tepung. Alhamdulilah habih lincin disental oleh aku, wife serta anak beranak menunjukkan berbaloi aku bayaq sebab makanan ngan ayaq setel semua. Jgan dok ingat wife aku minum ayaq guna botoi plak, botoi tu harta Nasihin yg punya dan Ibu dia tgah mengemukkan beliau dgan hidangan ketam beserta nasik.
Last sekali aku berbuka di Tat Nasi Ayam cawangan Aloq Staq. Awai tu cadang nak berbuka kat Wong Solo Ayam Penyet, tapi tutup plak sebab renovation, jgan tutup teruih sudah, peberet aku tu. Kat sini mcm besa la order nasik ayam dua pinggan setengah, yg setengah tu utk Syakirin, sate dan ayaq laici se jag. Puaih ayaq laici dia, buah laici depa boh sepokok dlm jag, banyak makan buah dri minum ayaq. Orang ramai toksah kira la, hari cuti dan seeloknya order awai la supaya kita ada tempat dan tak tertunggu2 waktu berbuka nanti tambahan kalau tempat tu menjadi tumpuan ramai org utk berbuka.

Saturday, August 4, 2012

Air Teh Bunga Beratur Bazaar Ramadan Stadium Darulaman, Alor setar Kedah

 UUiiihhh....panjangnya aku ambik masa bru nak update blog nih, sepanjang tajuk entri begitu juga sepanjang barisan orang ramai yg pakat beratoq utk membeli salah satu juadah berbuka yg amat oosseemmm...jika anda singgah di Bazaar Ramadhan perkarangan Stadium Darulaman, Aloq Staq, Kedah.
 YYaaaaa...itu dia gerai teh bunga diberi nama, punya la ramai org beratoq, sampai tokey gerai tak buka stall lg dah pakat beratoq dah dri pukoi 4 lg. Mmg panaih tapi jgan risau, pemilik gerai ada menyediakan payung utk para pelangan yg setia beratoq.
 Dulu pd tahun 2008 abg nih meniaga sorang2 ja, lepaih mendapat sambutan teruih tambah pekerja dan bini sekali turun padang, bila aku perati bebudak yg dok ikat ayaq, teringat aku masa buat ayaq bazar ramadan stadium Utama , Kangaq, yg pertama aku tgok jari depa, mmg balut ngan plaster sebab aku pun penah kna mcm ni dulu, habih jari jemariku yg mulus ni luka kna penangan getah ikat ayaq,  bila boh plaster ok la sikit jari. Aku kerap jugak dok mai bazaar nih, tapi tak penah beli ayaq teh bunga ni, bukan apa, malaih nak beratoq panjang2 nih, tambahan mai plak ngan hero-hero aku lg la payah. Dah alang2 menyeluk pekasam biaq sampai ketiak masam, eehh..apa aku pi sebut pasai pekasam plak nih, tau la perut lapaq tapi jgan kaitkan pekasam ngan teh bunga sebab depa mmg tak ada pertalian sedara mara.Eerrr...tang mana tah td? oooo... ok aku sambung kat bawah plak.
 Yang unik ttg teh bunga nih, (yg dimaklumkan org la, sbb aku tak penah rasa lg) rasa dia lain pada yg lain sebab owner dia tak gunakan gula biasa, tapi menggunakan madu sebagai pemanis ayaq nih. Dan aku mula mencongak hhhmmmm...musti terasa hendak bermadu lpaih minum ayaq teh bunga madu ni hihihihihi....(gelak merela, sambil tgok kanan kiri, takuit bini lalu usung tali pinggang Ultimate Warrior plak, mau dilibaih rusuk aku, mmg mabeelesss la rasanya.). Beliau menjual hampir 20 tong ayaq sehari, yg mana beliau mengangkut menggunakan lori kecik beliau.
 Kalau diperatikan banyak Kelulut (menatang yg mcm lebah jugak tp dia kerdil sikit) dok hurung bekaih gula madu beliau, mungkin rasa manih gula tersebut menarik perhatian depa.
Dan untuk menambah keunikannya lagi brader nih tak guna ais kiub biasa yg digunakan tetapi dia gunakan ais bantal, di mana salah sorang pekerjanya akan pecahkan aih tersebut menggunakan pemecah ais la takkan guna tumit plak kan. Sebab kata brader ni kesejukan ayaq ni akan tahan lama klu guna aih ni. Mmg terbukti, ayaq yg aku beli kekal sejuk sampai pkoi 2 pagi. (musti ampa tertanya pasepa aku pukoi 2 pagi tak tidoq lagi, kan bulan Ramadhan, mustila aku beribadat sepertiga mlm pppfffttt....ok ok la tak baik muhong bulan posa nih, sebenaqnya aku layan olimpik.)
Memandangkan ini kali pertama dan tak tau bila lagi aku sanggup beratoq nak beli pulak, aku tibai beli 5 bungkih sekali..nahhh...hhaaaiii...mentekedarah ka hapa nih, nafsu umpama bapak dinosor lagaknya. Harganya berpatutan cuma Rm 2.oo sebungkuih. Dan kalau diperatikan, w'pun ayaq brader ni laku dia tak bukak gerai banyak2 atau tambah tong ayaq sebab pendapat aku,bila org beratoq nih menambah pelaris gerai dia dan memberi keunikan tersendiri kerana hanya bulan Ramadhan ja kita ble merasa ayaq dia, bulan lain takdak, dan org akan berpusu2 memborong ayaq teh bunga nih, dan satu lagi aku perati tong ayaq tu la yg dia guna semenjak dulu lg sampai boh salotape pun tak tukaq baru, mungkin ada rahsia kot. Apa pun try la rasa ayaq teh bunga nih, mmg lain pada yg lain, dan kna juga rasa nikmat beratoq di bulan posa menambah kenikmatan utk berbuka bila masuk waktu nanti. Gluukkk...gluukkk..glluukkk...puhhh ni gelaih yg ke 14 aku teguk sekali harung.