Jangan Clik

Sunday, February 6, 2011

Deko rumah- kabinet dapur

Ni design yang aku buat, yg aku proposed kat kedai perabot, senang keja dia nanti nak design kabinet dapoq yang akan dia buat ikut kehendak aku, w'pun tak 100% sama tapi dekat2 nak sama tu kira ok la, kaler aku tak decide lagi tapi bg aku hitam la sesuai kot, tak nampak kotoq sangat.
Ni lakaran oleh kedai perabot tersebut mengikut kehendak aku, kira ok la tak jauh sangat bezanya. Mula2 nak buat bentuk L-shape ja tapi wife aku mintak tambahan kat hujung untuk senang keja dia nak hidang makanan kat sudut tu, kira kabinet dapoq aku jadi U-shape la jgak.

Lepas semua perbincangan mendapat persetujuan maka kerja2 pasang memasang pun bermula.Sat ja depa pasang, dalam sehari ja semua keja setel.Dalam dua tiga kedai yang buat kabinet dapoq ni aku pi survey last2 pi ambik kedai yg first jugak. Bukan apa saja nak tgok mana kedai yg buat elok dgn harga yang berpatutan.
Kepala paip ngan dapoq aku beli berasingan, cuma upah kedai untuk pasang ja ngan pasang kabinet dapoq sekali.
Dalam ramai2 memba yang aku mintak pendapat ada yang suruh buat kabinet dapoq guna konkrit dan ada yang suruh buat pakai medium kayu ja. Mula2 tu aku decide mmg nak buat pakai konkrit sebab murah dan tahan tapi bila aku tanya tukang dia kata dia cuma wat acuan konkrit ja, klu bab kabinet yg nak letak dalam acuan tu kena cari tukang kayu plak. Aku pikiaq lecehla plak nak kna deal ngan ramai2 ni, alih2 aku ambik keputusan wat kabinet dapuq guna medium kayu ngan plastik la senang, guna satu tukang ja, dia wat semua, pasang dapoq ngan hud, buat pipeing dan plaq elektrik sekali. Tak pening2 dok pikiaq dah.
Kabinet kayu ni dia nak kena jaga kalau rumah tu didapati ada anai2 yang mudah menyerang la ngan akibat klu kawasan perumahan selalu kena banjir. Klu rumah yang mmg ada anai2 tu seeloknya semboq la ubat anai2 dulu di keliling rumah ngan tempat nak boh kabinet ni, mana tau kot2 ada lubang kat lantai yang boleh anai2 ni pi serang kabinet tu. Tapi pikiaq2 balik, klu buat pakai konkrit pun sama ja akibatnya, sebab bahagian dalam yg buat daripada kayu tu pun mungkin ble rosak dek anai2 ataupun banjir, dan hanya luaran yg diperbuat drpd konkrit tu ja yg kukuh, yg lain2 habih jahanam serupa tu jugak.
Kabinet aku buat ni mmg disertakan sekali 2 tempat letak periuk dan perkakasan lain, senang tak payah nak gantung2 dah. Tak menyemak kawasan dapoq sangat, maklumla kawasan dapoq pun kecik sebesaq sekangkang kucin ja.
Ni tempat letak botol2 dan bekas2 kecik. Teratur dan jimat ruang .

Ni tempat letak pinggan dan cawan klu lepaih basuh. Kabinet2 lain ngan laci tu banyak ruang lagi yang bole kita letak segala macam dari sudu, pinggan , gelas dan macam2 lagi la.