Jangan Clik

Tuesday, January 5, 2010

Tinjau-tinjau di Zoo Taiping

Alang alang pi Penang ari tu, aku bawak hero ku pi Zoo Taiping, tak jauh sangat dari Butterworth cuma 52 km ja lalu kot highway.bagi dia tgok haiwan liaq kat sini, dok umah tok dia asyik tgok ikan puyu, ayam, kucin, lembu ngan cicak kubing ja, haaa la aku bwak dia tgok binatang yang jarang dia tgok, hanya bule tgok di Animal planet ja. Tiket masuk zoo ni dewasa Rm 12.00 dan kanak-kanak Rm 8.00.
Dekat kandang Chimpanzee, tgok Qazrin nak sua nenen kat chimpanzee tu mungkin dia nampak macam budak baya dia hahahaha klu memba babah baca nih mesti kata qazrin bagi kat menatang spesis bapak dia sebab tgok sama wakakaka hampa kata kat aku, aku jentik kening hampa lapan kali haha (amaran keraih ini ditaja oleh Mek Som Automotive)

Ni beruk kentoi namanya sebab ekoq takdak, banyak terdapat di sempadan Perlih-Thailand. Seb baik ada penghadang cermin klu tak msti Qazrin pi lompat main ngan depa sama.
Hssshhhh macamana terselit menatang najis ni, ni la menatang yang nama dia slalu org dok maki tu, babi tonyok. banyak ekoq ada mungkin sebab boring dok dalam kandang ja tu yg asyik mengawan tu.
ni pak cik beruang, nama saintifik papurpakotisis atau beruang matahari, mungkin sebab slalu berjemuq bawah matahari sampai garing satu badan tu yg depa pangey beruang matahari tu kot hehehe..
dah penat berjalan isi minyak sat, klu tidak jenuh nak kna dukung satu zoo klu dia merab.

Bersama cik pah dan lembu tanduk besaq (lembu nama apa aku tak tau)
Ibu sedang menerangkan kepada Qazrin bahawa menatang ini dikenali sebagai Unta bukannnya siput khinzir takut dia tersalah tafsir plak nanti.

Tgok anak aku memerhatikan cik pah melahap pucuk daun sambil dok pikiaq rupanya ada lagi benda yang tinggi dari babah dia.

Ni pelanduk namanya sedang menjamu selera dengan cornflake hehehe bukan cornflake dedak kot yg diberi penjaga zoo, klu pelanduk pun makan cornflake jahanam la zoo ni nak kna tanggung perbelanjaan makanan haiwan yg agak standard tuh..
ni burung kasawari bukan Kawasaki ya Qazrin, satgi dia ingat kasawari ni adik beradik dengan kawasaki plak, kawasaki tu moto.
Bersama cik jah atau nama di kad pengenalan Tijah wibowo sumiati atau ringkasnya gajah asia.

Besaq ooo seladang ni, klu wat Qeqah berapa tompok buleh ni, kira buleh wat kenduri pangil satu kampung la.
Akhirnya habih dah pusing2 satu zoo, dan babai dari Qazrin semoga berjumpa lagi bersama haiwan -haiwan di sini kalau si bapaknya mau bawak dia ke sini lagi sambil disokong sepenuhnya oleh cik rimau disebelahnya.

Sebelum nak bertolak balik Hotel kat Butterworth singah sat kat Tasik Taiping, dan la pusing2 sat sambil nyamnyam sebelum balik.

Sunday, January 3, 2010

Liburan di P.Pinang

Minggu lpas bawak famili aku berlibur di P.Pinang. Kami menginap di Palm Inn Hotel dekat Butterworth berhadapan dengan Padang bandaran Dato' Sri Ahmad Badawi di atas yang sebelah sana tu Pulau Pinang, nampak bangunan Komtar tak? alaa bangunan yang paling tinggi kat Pulau tu. Kami menginap kat sini sebab senang dan murah, hotel belah batu Feringhi habis orang book, harga pun dah mahal sikit sebab musim cuti sekolah. Lagi satu aku nak bwak hero aku pi Zoo Taiping, dok belah darat ni senang sikit nak pi Taiping, lagipun aku dah lama tak pi Zoo ni last rasanya masa aku sekolah rendah, lama tu.
Belah petang bawak hero ku naik feri pi sebelah pulau, first time dia naik feri. Last naik feri masa dia dok dalam perut ibu dia lagi masa ibu dia dok ulang alik stadi kat USM. kami rancang nak pi Night Bazaar kat Batu Feringghi dan pusing2 sekitar George Town. Dan beli makanan kegemaran ibu dia....jeruk penang beli kat Lebuh Campbell berdekatan dengan pasaraya Maidin.
ni replika bot zaman silam macam bot portugis kat melaka rasanya restoran The Ship. cantik gak, nak try masuk emmmm rasanya dak kot macam mehei ja harga makanan kat sini, tourist banyak la makan kat sini.
Night Bazaar Batu Feringhi tak nampak gambar gerai sebab gelap sangat, panjang gerai2 dia sepanjang jalan di Batu Feringhi sampai lengguh nak jalan, pelbagai barangan dijual di sini dari spek mata, beg tangan, cenderamata, pakaian, cd, dvd, kasut dan pelbagai lagi semua harga berpatutan dan jangan lupa tawar menawar yer. Tapi kebanyakan penjual kat sini guna orang luar bukan orang tempatan sebab bule cam dialek bahasa melayu dia kureng skit. Meriah kat sini sebab banyak kenderaan dan orang ramai, masa aku nak mai sini jalan jem dari Tanjung Bungah lagi, naik lengguh kaki daki bukit seb baik keta auto, klu manual krem kaki ku.